in , ,

“Kalau Aku Tak Shooting Kamu Semua Panas Dekat Mana?” – Rita Rudaini

Rita Rudaini telah meluahkan rasa hairan dengan sikap sesetengah individu yang gemar menjaga tepi kain orang lain terutama terhadap dirinya yang sanggup melepaskan tawaran berlakon kerana enggan mengambil vaksin COVID-19. Haa, apa citer pulak ni? Baca sampai habis!

Perkara tersebut dizahirkan Rita menerusi beberapa buah hantaran di Instagram Story miliknya di mana dia turut menempelak sikap seorang pengguna Facebook yang asyik mengaitkan namanya dengan isu vaksin. 

“Aku hairan ramai yang tak senang dengan aku. Kalau aku tak shooting kamu semua ‘panas dekat mana? kamu ke yang bayar bil aku. Aku tak kacau orang. Aku duduk di rumah sahaja, tak keluar pun ancam nyawa orang lain. Kenapa sakit hati sangat? Tak ada kerja sangat ke?”

– Rita Rudaini

Kata Rita, sikap sesetengah pihak yang sentiasa ‘mencari pasal’ dengan dirinya itu seperti sudah hilang akal ataupun mengalami penyakit mental. 

Pelakon drama ‘Shah Alam 40000’ ini juga menganggap mereka ini sebagai seorang yang ‘menyedihkan’ seolah-olah hidup dalam kesunyian sehingga perlu memuat naik status berbaur umpatan di media sosial. 

Dalam pada itu, Rita turut memberi amaran kepada mereka di luar sana agar tidak sesekali ‘memetik’ namanya dalam mencipta sebarang isu di masa akan datang. 

“Eh! Kau pula yang sakit hati kalau aku tak shooting. Menyibuk dengan badan aku dah kenapa. Kau pula siang malam risau aku tak vaksin sampai ‘up’ status,”

– Rita Rudaini

Sebelum ini Rita membuat pengakuan bahawa namanya telah digugurkan daripada drama 100 episod gara-gara enggan menerima vaksin. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

KHATULISTIWA UNTUK HARI MALAYSIA Kolaborasi Pitahati & Ito Blues Gang

Lebih Banyak R&R PLUS Dibuka, Adakah Ini Petanda Boleh Rentas Negeri?