in ,

Lebih Banyak R&R PLUS Dibuka, Adakah Ini Petanda Boleh Rentas Negeri?

Berita Yang Disiarkan, Khabarnya Lebih Banyak R&R PLUS Akhirnya Dibuka Untuk Perantau. Jadi, Adakah Ini Petanda Kita Semua Boleh Rentas Negeri Tak Lama Lagi?

Adakah ini petanda pihak kerajaan akan benarkan aktiviti rentas negeri? Kami tahu ramai yang menantikan pengumuman ini dan kita hanya mampu menanti. Bagaimanapun, banyak aktiviti perniagaan telah mula dibenarkan beroperasi bagi merancakkan kembali ekonomi negara.

Terbaru, pihak PLUS Malaysia Berhad telah bersedia untuk menerima kunjungan pelanggan ke kawasan Rehat dan Rawat R&R yang dibuka secara berperingkat.

Ini diumumkan Ketua Pegawai Komersial PLUS, Christine Liew di mana pengguna sudah boleh mendapatkan juadah makanan di R&R Jejantas Sungai Buloh, Hentian Sebelah Simpang Pulai arah selatan, Mambau arah timur dan Mambau arah Barat.

Lebih Banyak R&Amp;R Plus Dibuka, Adakah Ini Petanda Boleh Rentas Negeri?

Lebih 80 peratus ahli R&R sudah menerima suntikan vaksin

Bagaimanapun, seperti biasa hanya pelanggan yang sudah lengkap dua dos vaksin sahaja dibenarkan untuk menimati juadah di R&R.

Dalam beberapa minggu lagi, kami akan mengumumkan lebih banyak lokasi di beberapa R&R kerana lebih ramai peniaga R&R akan memperoleh status vaksin lengkap dalam masa 14 hari akan datang.

Bagaimanapun, pelanggan yang masih belum mempunyai vaksin lengkap masih boleh mendapatkan makanan secara take away. Jadi, untuk yang ingin mendapatkan makanan di R&R secara pra tempah boleh dapatkan di sini, https://orderdisini.plus.com.my/.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rita Rudaini | 23

“Kalau Aku Tak Shooting Kamu Semua Panas Dekat Mana?” – Rita Rudaini

Mkbhd Copy | 24

GoPro Hero10 Black Kini Dilancarkan, Apakah Ciri Yang Dipertingkatkan?