in , ,

“Ramai Ingat Saya Sunyi, Tapi Saya Bahagia Dengan Status Duda” – Nazim Othman

Hampir tiga tahun bergelar duda, pelakon Nazim Othman berkata dia tidak tertekan selepas melihat rakannya, Fizo Omar kembali mendirikan rumah tangga.

Menurut Nazim, dia akui selesa dengan status duda yang digalasnya meskipun ramai menyangka dia sunyi dan menemui ketenangan apabila hidup bersendiri.

“Ramai pengikut media sosial menyangkakan saya sunyi. Namun, hakikatnya saya bahagia dengan status saya sekarang. Saya gembira dengan berita perkahwinan Fizo dan sentiasa mendoakannya kekal bahagia. Bagi saya, ia tidak sedikit pun memberi tekanan.

“Sejujurnya, saya menemui ketenangan apabila hidup bersendiri. Mungkin itu pendapat orang luar, saya sangat terbuka menerima apa juga pandangan dilontarkan,” katanya.

Biarpun selesa hidup sendiri, bagaimanapun Nazim berkata dia tidak menolak jodoh andai sudah sampai jodohnya suatu hari nanti.

“Saya tidak kata tidak mahu kahwin. Cuma, buat masa ini, saya lebih selesa hidup sendiri. Pintu hati memang tertutup, tetapi tidak dikunci.

“Manalah tahu ada insan yang berjaya mengetuk pintu hati dan jika sesuai, mungkin boleh dipertimbangkan untuk kembali ke alam rumah tangga,” ungkap Nazim optimis.

Nazim pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Bella Dally pada 10 September 2016, bagaimanapun pasangan itu bercerai dua tahun kemudian.

Sumber: BH Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Terokai Keindahan Karya Orkestra Tempatan Bersama MPO!

Filem KHAENAK: SERANGAN POCONG Akan Ditayangkan Di Saluran Astro First