in , ,

“Kadang-Kadang Komen Negatif Pun Boleh Ajar Saya Jadi Lebih Baik” – Aina Abdul

Penyanyi Aina Abdul mengakui tidak rasa tertekan apabila setiap video baharu yang dimuat naiknya di YouTube mendapat tanda tidak suka oleh pendengar.

Aina berkata biarpun dirinya menerima perkara itu dengan positif namun ibunya pula berasa sedikit terkesan dan tertanya-tanya mengapa ada yang menekan tanda tidak suka.

Penyanyi lagu Shadow itu faham setiap pendengar mempunyai selera dan pandangan tersendiri. Tetapi, ibunya pula yang sedikit terkesan dengan perkara ini.

Mak saya adalah peminat nombor satu saya. Jadi, dia akan memantau berapa banyak tanda suka atau tidak suka yang saya terima.

– Aina Abdul

Aina berkata setiap kali berjumpa dengan ibunya, pasti ibunya akan bertanya kenapa perkara itu berlaku dan dia terpaksa jelaskan yang kita perlu faham selera pendengar berbeza-beza.

Menurut Aina, komen yang berbaur negatif dapat memberi satu pengajaran kepadanya untuk menjadi lebih baik. Baginya, berapa pun jumlah tanda suka atau tidak suka, apa yang penting mereka tetap menyumbang kepada setiap video yang dikongsikan itu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jung Il Woo Korea K Pop | 18

Siri Korea BLACK di TV2 Mulai 3 November Ini

Iman Troye Nang

Video Muzik Iman Troye NANG Dapat Sambutan, Terima Lebih 1 Juta Tontonan