in , ,

“Saya Bertarung Sakit, Anda Sibuk Cakap Soal Mati,” – Elyana

Penyanyi Elyana merayu kepada peminat dan pengikutnya di laman sosial Instagram agar berhenti berkongsi cerita kematian membabitkan pesakit kanser di ruangan komen.

Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 34, berkata, dia mahu peminat memahami keadaan dirinya yang kini sedang menjalani rawatan kemoterapi untuk merawat kanser limfoma yang dihidapinya.

“Pada saat saya sedang menjalani rawatan kemoterapi, saya merayu sangat kepada anda yang ingin menceritakan pengalaman kenalan rapat anda yang tewas kerana kanser dihentikan.

“Saya faham niat baik anda, tapi tolong faham keadaan saya ketika ini yang sedang bertarung dengan mental dan fizikal. Jangan menakutkan pesakit yang sedang sakit. Maaf jika permintaan saya ini keterlaluan,”

– Elyana
'Saya bertarung sakit, anda sibuk cakap soal mati' - Elyana

Terdahulu, Harian Metro melaporkan Elyana memulakan rawatan kemoterapi bermula semalam.

Sebelumnya, Elyana yang sudah beberapa hari dimasukkan ke hospital turut bersyukur kerana ujian darah dan jantungnya menunjukkan keputusan positif.

Malah, dalam perkongsian hantaran di Instagram, Elyana sebelum itu menahan sakit selama sebulan sehingga menyebabkan dia tidak dapat tidur nyenyak kerana berasa kurang selesa.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Johan & Ozlynn Wati Pilih Nur Latifah Cherdiq Hanania Nama Anak Perempuan

Almy Nadia Tertekan, Badan Fizz Fairuz Kurus Kering Sakit Misteri Lepas Balik Shooting