in , ,

“Bentuk Muka Bumi & Pokok Tinggi Punca Internet Lemah,”- Tan Sri Annuar Musa

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa memberitahu punca masalah capaian internet yang lemah di Kampung Seri Kesinai adalah disebabkan oleh keadaan bentuk muka bumi dan kewujudan pokok-pokok tinggi di kawasan berkenaan.

Ujar Annuar, perkara tersebut dikenal pasti usai sahaja siasatan dilakukan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) pada 21 Oktober lalu.

Susulan daripada itu, kerja pengoptimuman menara berhampiran akan mula dilakukan pada 25 Oktober dan dijangka siap pada 8 November sebagai salah satu langkah penyelesaian.

Menara Kampung Baharu telah selesai dinaik taraf bagi menambah baik kualiti 4G dan menara baharu di Sungai Chuchuh juga telah mula beroperasi dengan memberi perkhidmatan dan manfaat yang lebih baik bagi penduduk di sana.

– Tan Sri Annuar Musa

Terdahulu, media tempatan melaporkan penduduk kawasan Kampung Seri Kesinai, Padang Besar menghadapi dilema berikutan capaian internet yang lemah.

Situasi itu telah menyebabkan penduduk tempatan terpaksa keluar rumah bagi mencari kawasan yang mempunyai liputan internet lebih kuat hanya semata-mata untuk mengakses e-mel bagi urusan kerja.

Malah, perkara itu semakin memburuk apabila mereka mempunyai anak-anak yang mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Difahamkan juga, ibu bapa pelajar sekolah di kawasan sekitar sering saja membuat aduan mengenai masalah tersebut ketika perjumpaan namun menemui jalan buntu kerana isu berkenaan tidak pernah selesai sehingga ke hari ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Perdana Menteri Umum Duit Bantuan Kehilangan Pendapatan RM500, Ini Cara Mudah Nak Semak

Sebuah Tribute! TV9 Siar Tayangan Istimewa Filem Arahan Allahyarham Mamat Khalid