in , ,

Juara Bintang Kecil 2023 Dinobat 3 September Ini, Siapa Bakal Digelar Pemenang?

Kemuncak Bintang Kecil 2023 yang mempertaruhkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM90,000 berlangsung pada 3 September ini di Arena Gemilang, DeTAR Putra, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Kota Samarahan, Sarawak.

Bersiaran secara langsung mulai pukul 8.00 malam (Karpet Merah Kemuncak Bintang Kecil) dan 9.00 malam (Kemuncak Bintang Kecil 2023) menerusi saluran TV2, pertandingan mencungkil bakat nyanyian si cilik ini boleh juga ditonton menerusi Penstriman Langsung Facebook RTM Sarawak dan RTMKlik ( HYPERLINK “http://www.rtmklik.rtm.gov.my” www.rtmklik.rtm.gov.my). 

Pentas kemuncak menyaksikan 8 peserta yang bakal berentap merebut gelaran Juara Bintang Kecil 2023 sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM20,000. Manakala Naib juara RM15,000, tempat ketiga RM10,000 dan sagu hati RM 5,000 setiap seorang.

Iman...peserta dari Kuala Lumpur

Lapan peserta tersebut terdiri daripada Nurfarina Farha Abdul Zahir (Selangor), Muhammad Nur’Iman Darwisy Mohd Noorazreen (Kuala Lumpur), Muhammad Shazril Izrul Mohd Shamsul (Kedah), dan Wa’ie Mohd Zain (Johor). 

Seterusnya, Fateeha Nasleen Suhaillin (Sabah), Mohd Alif Ikmal Danial Azawan (Sabah), dan dua masing-masing mewakili Zon Sarawak iaitu Elle Precious Arnold dan Nur Qasih Umairah Abdullah.

Format pertandingan dibahagi kepada dua pusingan,iaitu pusingan pertama peserta membawakan  lagu solo manakala pusingan kedua mereka diberikan tugasan berduet sesama mereka yang ditentukan oleh pihak produksi, bagi melayakkan muncul sebagai juara Bintang Kecil 2023 pada 3 September ini.

Kemuncak Bintang Kecil 2023 menampilkan gandingan dua pengacara Azam Pitt dan Sweet Qismina, juga turut diserikan dengan persembahan artis jemputan Dayang Nurfaizah, Ernie Zakri, Luca Sickta, Kmy Kmo dan Hijrah Yahya yang bakal menghiburkan penonton dengan lagu popular masing-masing.

Pertandingan anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) ini merupakan platform terbaik bagi mengasah bakat dan menggilap bakat-bakat cilik selari dengan keperluan dan kehendak industri hiburan di samping membina keyakinan diri mereka agar terus cemerlang dalam apa-apa jua bidang yang diceburi oleh mereka kelak.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TAPAUFEST

Kehebatan Artis Indie Kembali Kecapi Keindahan Alam TAPAUfest di Lenggong

Drama Bersiri HIJACK Adalah Siri TV Apple TV+ Kedua Paling Popular