in , ,

Jom Sertai Cabaran Cover Tarian & Menangi Tiket Terbang Ke Busan!

Nikmati lebih banyak tawaran untuk percutian anda yang akan datang dengan Super Sale sambil menikmati halwa telinga oleh Airliftz!

Sertai cabaran cover tarian baharu dan menangi *penerbangan percuma untuk dua orang ke Busan!

Artis RedRecords Airliftz, yang terkenal dengan single hitnya Born July and Not Today, akan bergabung dengan jualan terbesar airasia Superapp bulan ini – Super Sale untuk mencipta lagu tema serba baharu untuk kempen bertajuk “Super Sale”.

Pelanggan juga boleh menjadi sebahagian daripada sambutan pelancaran lagu baharu itu dengan mengambil bahagian dalam cabaran cover tarian “Super Sale” oleh airasia Superapp, yang mana penyertaan terbaik akan memenangi dua penerbangan percuma* untuk dua orang ke Busan! Butiran peraduan boleh didapati di akaun media sosial airasia Superapp mulai 10 November 2023.

Dari 8 November hingga 17 November 2023, airasia Superapp Super Sale akan menampilkan tawaran terbaik bulan ini untuk penerbangan, hotel, perjalanan dan banyak lagi!

Jom Sertai Cabaran Cover Tarian & Menangi Tiket Terbang Ke Busan!

Syarikat Penerbangan Antarabangsa

Klik airasia Superapp – Tempahan Perjalanan Terbaik Asia dan tempah penerbangan dari Thai Smile, Citilink, AirArabia, SriLankan Airlines, ANA, Myanmar Airways International, US-Bangla Airlines dan banyak lagi dengan potongan 20% untuk semua penerbangan antarabangsa, menggunakan kod promosi MOVE20, dihadkan pada RM70.

HOTEL

Nikmati potongan 30% untuk kesemua hotel di seluruh dunia yang tersedia di airasia Superapp dengan menggunakan kod promosi MOVE semasa tempoh promosi dan dihadkan pada RM30. Untuk tempoh istimewa antara 9 November hingga 12 November 2023, semua hotel di seluruh dunia akan ditawarkan pada potongan 50% dengan menggunakan kod promosi MOVE50, dihadkan pada RM50. Perbelanjaan minimum adal RM100. Untuk memilih hotel anda, cuma klik pada ikon “Hotel” dan pilih bandar dan tarikh pilihan anda.

Penerbangan + Hotel (SNAP)

Untuk tawaran penerbangan AirAsia + hotel yang mudah, pengguna Superapp boleh menempah perjalanan percutian mereka yang seterusnya ke Langkawi, Kota Kinabalu, Bangkok dan banyak lagi dengan penjimatan hebat sehingga 40%.

Jom Sertai Cabaran Cover Tarian & Menangi Tiket Terbang Ke Busan!

RIDE

Perkhidmatan e-hailing airasia Superapp dari lapangan terbang dan bandar boleh didapati dengan potongan RM2 untuk 11 perjalanan airasia ride sepanjang tempoh kempen. Masukkan kod promosi 11RIDE semasa daftar keluar untuk menikmati tawaran hari ini. Pada hujung minggu yang panjang dari 11 November hingga 13 November 2023, nikmati diskaun istimewa RM5 untuk semua perjalanan pergi dan balik di mana-mana lapangan terbang di Malaysia dengan kod promosi FLYRIDE5.

AIRASIA POIN

Peroleh tiga kali (3x) mata dan bayar 50 mata airasia untuk RM1 untuk setiap transaksi penerbangan antarabangsa, hotel dan tawaran SNAP yang dibeli melalui airasia Superapp sepanjang tempoh promosi.

BIGPAY

Dapatkan tambahan 5% ke atas semua diskaun yang dinyatakan di atas apabila anda mendaftar keluar menggunakan kad BigPay anda atau akaun BigPay terpaut anda di airasia Superapp.

SPIN N’ WIN

Bertanding untuk hadiah seperti penerbangan pergi balik percuma* ke Langkawi dan baucar airasia Superapp bernilai RM100,000 dengan mengikuti langkah di bawah: 

  1. Buka airasia Superapp dan klik Spin n’ Win di laman utama. 
  2. Masukkan permainan Spin n’ Win. Pastikan bilangan putaran anda tersedia setiap hari! 
  3. Anda juga boleh membaca terma dan syarat penuh permainan sebelum memulakannya. 
  4. Klik untuk memutar roda dan mulakan permainan. Semak hadiah yang anda menangi dengan mengklik pada tab “Sejarah Hadiah’. Lebih banyak Tiket Emas yang anda perolehi, lebih tinggi peluang anda untuk memenangi penerbangan pergi balik ke Langkawi!

Dine-in, airasia ifts dan airasia Shop 

Akhir sekali, lihat Dine-in, airasia gifts dan airasia shop untuk mendapatkan diskaun eksklusif sehingga 60% untuk baucar makan di restoran kegemaran anda, baucar Baskin Robbins dan pra-tempah produk bebas cukai.

Ikuti perkembangan terkini daripada airasia Superapp dengan mengikuti @airasiasuperapp di Instagram atau @airasia di Twitter. Untuk pengalaman yang lancar dan dipertingkatkan, muat turun airasia Superapp anda daripada Apple App Store, Google Play Store, atau Huawei AppGallery.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Xiaomi Watch 2 Pro

Xiaomi Watch 2 Pro Tawar Harga Serendah RM999 Semepena 11.11 

Tingkatkan Cara Belajar di Kafe Dengan Galaxy Tab S9 FE & Buds FE