in ,

Jiwa Firdaus Dinobatkan Juara Sulung MIC ON! di Awesome TV

Setelah 12 minggu bersiaran kini MIC ON! telah melabuhkan tirai pentas akhir dengan menobatkan Muhammad Firdaus atau lebih dikenali sebagai Jiwa Firdaus, 26 sebagai juara untuk musim pertama ini.

Membawakan dua buah lagu yang bertajuk Hidup dalam Mati nyanyian asal Syamel dan Farhana dendangan Jinbara, Jiwa telah berjaya menepis lima finalis yang lain untuk membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000, hadiah tajaan ALTEL beserta trofi juara.

Menurut Dato’ M. Nasir selaku juri tetap Mic ON!Jiwa mempunyai vokal yang hampir sempurna serta persembahan yang konsisten setiap minggu. Mas Idayu pula berpendapat Jiwa mampu untuk mewarnai lagu yang dibawa dengan cara yang tersendiri tanpa terikut-ikut dengan identiti penyanyi asal lagu-lagu yang disampaikan.

Jiwa Firdaus Dinobatkan Juara Sulung MIC ON! di Awesome TV

Menyusul Jiwa di tempat kedua adalah Siti Wan Ainnur, 23 berasal dari Kepong, Kuala Lumpur. Ainnur yang kali pertama menyertai pertandingan nyanyian seumpama ini berjaya memikat hati para juri dengan lagu nyanyian Siti Sarah, Jangan Kau Mimpi dan diva kesayangan negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Cindai. Kelincahan dan versatiliti Ainnur telah menjadikan wang tunai RM5,000 sebagai miliknya di samping trofi naib juara dan hadiah tajaan ALTEL.

Harun Abdul atau Aaron, di tempat ketiga pula telah mendendangkan Takdir dan Waktu oleh Mega dan Pelangi Petang, nyanyian asal Sudirman Hj Arshad. Kemenangan ini membolehkan Aaron untuk membawa pulang wang tunai bernilai RM2,500 beserta trofi dan hadiah tajaan ALTEL.

Jiwa Firdaus Dinobatkan Juara Sulung MIC ON! di Awesome TV

Finalis lain yang bertanding adalah Erman Braka, Qmir dan Azmi Khan turut tampil dengan persembahan yang mengkagumkan. Namun nasib berpihak kepada Jiwa Firdaus dengan persembahan yang memukau para juri tetap serta juri jemputan, Dato’ DJ Dave.

Kemenangan Jiwa sekaligus mengangkat Fad sebagai pengurus terbaik Mic On! dengan memenangi RM1,000 beserta trofi Mic On!. Konsert Mic On! diterajui oleh Nana Mahazan.

Jiwa Firdaus Dinobatkan Juara Sulung MIC ON! di Awesome TV

Mic On! program realiti yang pertama yang disiarkan di Awesome TV terbitan Awesome TV yang berhasrat untuk mencungkil bakat anak muda tempatan untuk bangkit mewarnai industri seni tempatan. Kelainan yang ditonjolkan dalam program ini adalah kesemua peserta diuruskan oleh pelawak-pelawak terkenal tanah air, iaitu Ropie, Fad dan Shuk Sahar.

Jiwa Firdaus Dinobatkan Juara Sulung MIC ON! di Awesome TV

Persembahan konsert akhir Mic On! adalah pada 29 Januari 2021 pada jam 9.30 malam hingga 12.00 tengah malam melalui saluran 123, Astro dan saluran 112, MyTV. Ulangsiar program tersebut boleh ditonton melalui saluran YouTube rasmi dan laman sesawang rasmi Awesome TVwww.awesometv.my dan penonton boleh mengikuti perkembangan terkini Mic On! melalui kesemua akaun media sosial Awesome TV

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pendakwah Gelar Lagu Al-Haq Nyanyian Mawi & AC Mizal ‘Lagu Kepala Hotak’ Dalam Tazkirah

Produk Pelancongan Invovatif & Pengalaman: Kunci Untuk Pelancongan Yang Berkesan