in

Jep, Jambu, Shiro Meriahkan Jelajah Komedi SINAR Sungai Petani

Pecah Perut bersama Jep, Jambu, Shiro dan Semua Penyampai SINAR fm di Village Mall, Sungai Petani! Siri Jelajah Komedi SINAR bersama KAWAN PARATHA yang pertama di Village Mall, Sungai Petani, Kedah hangat dengan sambutan 4000 orang penonton!

Jep, Jambu, Shiro

Lokasi pertama untuk Jelajah Komedi SINAR bersama KAWAN PARATHA ini telah menyatukan semua penyampai SINAR fm dan pelawak –pelawak terkenal tanahair seperti Jep, Shiro, dan Jambu di atas pentas yang sama! Antara penyampai SINAR yang turut memeriahkan acara pada hari ini adalah Kak Engku (KE), Salih Yaacob (SY), Krill, Feeya (Cik Piah), Zaidi Zainal, Jamal Jamaluddin, Najman, dan Abby Fana (Kak Bed).

Menurut Rizal Sahimy selaku Pengurus Kandungan Stesen SINAR FM:

“Sambutan Jelajah Komedi SINAR bersama KAWAN PARATHA di Sungai Petani sangat meriah. Apa yang kita mahukan adalah keselesaan berkomunikasi antara pelawak-pelawak yang hadir, para penyampai radio, dan juga peminat. Pihak SINAR sendiri berbangga kerana acara ini merupakan pertama kali di anjurkan yang melibatkan gabungan penyampai radio dan pelwak terkenal tanahair.”

Lawak-lawak ‘stand up’ bersahaja dari Jep, Shiro dan Jambu mencuit hati semua penonton yang terus memenuhkan ruang legar Village Mall dari awal hingga tamat acara. Antara barisan pelawak yang akan memeriahkan Jelajah Komedi SINAR bersama KAWAN PARATHA di lokasi –lokasi seterusnya ini adalah Jambu, SYJ, Shiro, Bocey dan juga Jep.

Jelajah Komedi SINAR bersama KAWAN PARATHA bakal bersambung lokasinya pada minggu di Mydin MITC, Melaka pada 19 April 2014 dan akhirnya akan menutup tirai di Planet Gempak Astro, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 26 April 2014 nanti!

Jep, Jambu, Shiro

Jep, Jambu, Shiro

Jep, Jambu, Shiro

Jep, Jambu, Shiro

Jep, Jambu, Shiro

Jep, Jambu, Shiro

Jep, Jambu, Shiro

Jep, Jambu, Shiro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tips Penjagaan & Pengubahsuaian Kereta Dalam Program Car Fix

MyOwnStory Artis Baru Naungan Seventeen Eleven Music