in ,

Tips Penjagaan & Pengubahsuaian Kereta Dalam Program Car Fix

Memaparkan bagaimana mekanik melakukan pengubah suaian kepada bahagian tertentu kereta dan tips penjagaannya, ia berita baik pastinya kepada penggemar kereta dalam berkongsi dan menambahkan maklumat terhadap minat mereka.

Berbeza dengan program terbitannya sebelum ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) cuba memenuhi citarasa golongan lelaki terutamanya dalam 13 episod siarannya yang bakal bermula 17 April depan, setiap Khamis, jam 2.00 petang di TV2.

Pengubahsuaian dan Tips Penjagaan Kereta Dalam Program “Car Fix” di TV2

[dropcap]P[/dropcap]enonton diajak melangkah masuk ke dalam siri utama yang menampilkan dua pemuda berbakat Lou Santiago dan Jared Zimmerman. Dalam Car Fix, duo dinamik ini mempamerkan kelebihan dan keistimewaan dimiliki masing-masing dalam menjalankan projek automotif termasuk pengubahsuaian, naik taraf dan membaikpulih semula kereta menggunakan prestasi tinggi dan produk selepas pasaran.

Episod pengenalannya, EFI/Grundy mengetengahkan secara terperinci bagaimana bahan api elektronik dan cara untuk mendapatkan enjin carbuerted lama untuk memastikannya lebih bergungsi dengan cekap namun mengekalkan rupa yang sama.

[pullquote]Dalam episod Sta-Bil 360 Camaro: Part 1 pula menyaksikan Jared mendapat peluang untuk membina projek impian, tetapi dia tidak mempunyai banyak masa untuk menyelesaikan tugas itu.[/pullquote]

Diteruskan dengan kesinambungan Sta-Bil 360 Camaro: Part 2 berkongsi situasi bagaimana Jared meluangkan masa mereka bentuk sepenuhnya semula bahagian ekor projek 71 Camaro.

Sementara itu tajuk Ferrari F1 Spider pula di mana Lou membawa Ferrari ke dalam kedai untuk “rutin” penyelenggaraan.

Tajuk-tajuk lain yang menyusul pastinya lebih menarik bila mana dua lelaki ini menjelaskan bagaimana cara untuk mendapatkan dan menyelesaikan projek kereta yang rumit dan bagaimana untuk memulakan proses menanggalkan enjin. Kongsikan tips berguna yang mudah diaplikasikan kepada kereta anda ini hanya di TV2.

aksi Jared Zimmerman dalam Car Fix

car fix programme

salah satu episod dalam Car Fix

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ceria Popstar Musim Ke-2 Lebih Mantap

Jep, Jambu, Shiro Meriahkan Jelajah Komedi SINAR Sungai Petani