in , ,

Izzue Islam Dedah Kejayaan Luar Biasa Remaja dalam WIRA REMAJA

Setiap remaja pasti akan berjaya dalam kehidupan jika mereka mempunyai sikap dan pemikiran yang positif dan wira itu bukanlah yang berada di luar sana, tetapi wira berada dalam diri anda sendiri.

Segalanya diterjemahkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dalam program terbaharu bertajuk “Wira Remaja” mulai 7 Februari ini, setiap Khamis, pukul 11.05 pagi di TV1. Keseluruhan 13 episod semuanya menggarap tentang hal-ehwal remaja Malaysia, dari segi jatidiri, sikap, semangat, aspirasi motivasi, dan kejayaan mereka dalam menjalani kehidupan. Menampilkan gandingan pengacara, Izzue Islam dan Amira Aman menemu bual ramai individu berjaya dalam lapangan bidang diceburi masing-masing yang mampu menjentik hati golongan remaja lain untuk turut sama mencabar diri sendiri mencapai kecemerlangan diri.

Izzue Islam Dedah Kejayaan Luar Biasa Remaja dalam WIRA REMAJA

Episod pertama

Ikuti perkongsian gadis OKU, Miza Marsya Roslan, pesakit Spinal Muscular Arthrophy yang menyertai NGO dan menjadi wakil media untuk menjelaskan penyakit ini kepada masyarakat. Selain itu, Amira Aman pula menemu bual Nadiah Wafa, seorang arkitek, yang kini merupakan atlet negara dalam sukan Para Gliding dan mewakili negara dalam Asean Game dan membuat pertunjukan Para Gliding peringkat antarabangsa. Turut ditemu bual Hafizuddin Musa yang menempa kejayaan dalam bidang fotografi. Pada akhir episod ini, mereka bertemu remaja yang mempunyai hobi membuat Origami iaitu Mikael. 

Izzue Islam Dedah Kejayaan Luar Biasa Remaja dalam WIRA REMAJA

Episod dua

Izzue Islam menemui Albark Yunus, yang bergiat aktif menjadi sukarelawan dalam memberikan pendidikan kepada anak-anak miskin dan telah bergiat dalam masyarakat yang bergolak di daerah Patani, Thailand. Selain itu, Amira menemu bual Mohd Aliff, jurulatih sukan Trampolin. Dalam segmen ‘Kejayaan’, Izzue Islam berpeluang menemu bual seorang peguam, Nurliyana. Selain kerjayanya sebagai peguam, beliau seorang pengedar minyak wangi berjaya. Akhir episod mereka mengundang ke studio Datin Nursyafira, yang memelihara 70 ekor kucing pelbagai baka.

Izzue Islam Dedah Kejayaan Luar Biasa Remaja dalam WIRA REMAJA

Episod tiga

Individu ditemui Elmy Eldhani, remaja yang bergiat dan berjaya dalam bidang teater, dan thirah Amira, seorang atlet muda BMX, bakal menyertai Kejohanan Sukan SUKMA pada tahun 2020. Dalam segmen ‘Kejayaan’, Izzue Islam mengundang jurutera yang dikenali sebagai Abang Din. Abang Din telah bertukar kerjaya daripada seorang jurutera kepada ‘Mobile Photographer’. Beliau menyatakan bahawa bidang kerjaya ini adalah sangat sesuai dengan jiwanya. Pada akhir episod ini dipaparkan beberapa nasihat daripada tetamu undangan dan pengacara bahawa setiap remaja akan berjaya dalam kehidupan jika mereka mempunyai sikap dan pemikiran yang positif.

Izzue Islam Dedah Kejayaan Luar Biasa Remaja dalam WIRA REMAJA

Episod empat

Ikuti sesi temu bual dengan Faiz Suhaimi, remaja yang bergiat dalam sebuah kelab, iaitu Ibnu Ummi Maktum Club yang memberi motivasi kepada golongan OKU supaya lebih berkeyakinan menyampaikan idea kepada orang lain. Amira pula berkongsi cerita Ghalib Azmi, yang bergiat aktif dalam sukan ‘Wall Climbing’ sejak berusia 13 tahun. Ghalib akan mewakili Malaysia dalam Sukan Asia dalam acara ‘Speed Climbing’. Dalam segmen ‘Kejayaan’, menemu bual pelukis animasi, iaitu Neon. Daripada seorang yang berminat melukis gambar-gambar kartun, akhirnya hasil lukisan itu menjadi sumber pendapatan kepada Neon dan sekarang ini beliau adalah pelukis ‘Comic Online’. 

Episod lima

Inspirasi daripada Nadia Rahmat, sukarelawan NGO, My Hope Hero yang menjalankan misi kemanusiaan, ke merata tempat di peringkat antarabangsa untuk membantu orang-orang yang dilanda bencana. Turut menemu bual Muhd Azizi Naim, atlet boling yang sedang meningkat naik. Dalam segmen ‘Kejayaan’, Izzue Islam berpeluang menemu bual Mior Amin dan Mior Azim, dua beradik yang mengusahakan The Mios Kitchen. Mereka menyatakan bahawa kejayaan mereka dalam perniagaan makanan adalah berasaskan kesepakatan antara adik beradik dan sentiasa menurut nasihat ibu mereka. 

Episod enam

Menonjolkan Muhammad bin Jantan, remaja bergiat dalam sebuah NGO, Muslim Volunteer Malaysia yang menjalankan misi kemanusiaan ke Palestin. Amira Aman telah menemu bual Abibullah, yang baru sahaja menjadi juara dalam Pertandingan Motocross Asia. Dalam segmen ‘Kejayaan’, Izzue Islam berpeluang menemu bual Dzulfakar dan Sabir dari Bumbu Agency. Agensi ini berperanan untuk memasarkan produk dan perkhidmatan melalui media sosial. 

Episod tujuh 

Menemu bual Aliff Ahmad, pemilik galeri lukisan dan sering mengadakan pameran hasil lukisannya di dalam dan di luar negeri. Amira Aman pula telah menemu bual Darwish Putra, seorang remaja yang aktif dalam sukan basikal BMX. Dalam segmen ‘Kejayaan’, menemu bual Acap, remaja terkenal dalam bidang Lukisan Mural. Juga remaja yang bergiat dalam bidang lukisan, iaitu Mohd Firdaus Nordin. Hasil seni yang diusahakan oleh Mohd Firdaus adalah melukis, mencorak, dan memahat pada permukaan bahan aluminium. 

Episod lapan

Izzue Islam menemu bual Zulhusnie, wakil Yayasan Sukarelawan Siswa dalam menghulurkan bantuan kepada kemanusiaan yang telah pergi ke Thailand dan mengajarkan bahasa Melayu kepada masyarakat tempatan. Amira Aman pula menemu bual Nazirul Nazirin, remaja yang menjadi jurupandu dan jurulatih ‘Water Rafting’ kepada pelancong tempatan dan juga luar negeri. Aktiviti Selain itu, menemu bual Muhammad Haziq, seorang pemain hoki kebangsaan yang juga merupakan usahawan menjual helmet dan beliau mempunyai empat orang pembantu dalam perniagaan ini. Pada akhir episod ini menemu bual Noraimi Zabidi, seorang remaja yang mempunyai hobi memelihara ‘Leopard Gecko’ yang sangat unik. 

Episod sembilan

Izzue Islam menemui Aizat Nazmi, Sukarelawan Sahabat Faqeh yang memberi bimbingan tentang agama Islam dan membaca Al-quran kepada kanak-kanak OKU. Berkongsi cabaran dihadapi Aizat menangani sikap dan kelakuan kanak-kanak autism dalam belajar agama kerana golongan ini agak sukar diagak perubahan sikapnya. Amira Aman pula menemu bual Aizad Razali, jurulatih Kelab Memanah Akmal. Dalam segmen ‘Kejayaan’, menemu bual Asyraf Noh KL, remaja terkenal dalam bidang perekaan fesyen dan seorang lagi remaja yang bergiat dalam bidang pembuatan model-model figura permainan kanak-kanak seperti ‘spider man’, ‘batman’, dan sebagainya untuk dijual dan dijadikan pameran dalam negeri dan antarabangsa.

Episod sepuluh

Menemu bual Ahmad Muzammil, ahli persatuan National Aspiration Leadership Summit (NALS) yang mengumpulkan belia-belia Malaysia agar dapat menyuarakan pandangan dan idea mereka untuk membangunkan negara. Amira Aman pula telah menemu bual Mohd Zafir, anggota tentera yang menjadi atlet Muay Thai. Dalam segmen ‘Kejayaan’, Izzue Islam berpeluang menemu bual Mohd Azreen dan Mohd Azroy. Kedua-dua orang sahabat ini merupakan remaja yang berjaya dalam bidang kerjaya sebagai ‘Wedding Planner’. Turut dikongsikan kisah remaja yang bergiat dalam bidang pembuatan ‘skate board’ dan berjaya menjual produk ini kepada masyarakat.

Episod sebelas

Temu bual bersama-sama Anastasia, remaja yang menjadi jurupandu arah gunung. Kerjaya sangat mencabar, terutamanya kepada seorang wanita. Amira Aman pula telah menemu bual Amer Harris, seorang remaja berusia 15 tahun yang baru sahaja menjadi juara dalam Pertandingan Gokart Asia. Dalam segmen ‘Kejayaan’, menemu bual Mohd Danial, berusia 24 tahun yang telah menjadi seorang usahawan logistik. Kerja beliau adalah memandu lori besar dan berat, untuk membawa kuda ke merata tempat pertandingan, sama ada di dalam atau di luar negara. Pada akhir episod menemu bual Pak Teh Naim, remaja yang mempunyai hobi yang unik dan kreatif, iaitu membuat ‘miniature’ rumah. 

Episod dua belas

Bersama-sama tetamu Syafiq Syahmi, ahli persatuan Yayasan Ikhlas yang bertanggungjawab dalam beberapa misi bantuan kemanusiaan pada peringkat dalam negeri dan antarabangsa. Beliau adalah lulusan Sarjana Muda Eroangkasa. Amira Aman menemu bual Ratish Waran, remaja yang menjadi jurupandu motor ATV untuk tujuan rekreasi. Dalam segmen ‘Kejayaan’, menemu bual Mohd Hafizd Mohd Razib, seorang Pelakon Lagak Ngeri (stuntman) dan Attirah Jasmin, terlibat dalam bidang pembuatan model-model figura yang kecil, iaitu ‘Seni Miniature’. 

Episod tiga belas

Tetamu Mior Adha Najmi, ahli persatuan, Pink Squad yang sering membantu ibunya dan kaum wanita dalam Pink Squad untuk membantu kanak-kanak sekolah daripada keluarga yang miskin. Amira Aman pula telah menemu bual Yuzlina Fariz, Pelumba Motor Wanita. Dalam segmen ‘Kejayaan’, Izzue Islam berpeluang menemu bual Kak Anis dan Rizal yang telah menjana pendapatan yang lumayan berasaskan ‘Hiasan Dalaman’. Pada akhir episod ini pengacara rancangan telah berkesempatan menemu bual dua orang remaja yang berminat menjadi pengumpul duit-duit lama, iaitu Erri dan Danish. Mereka memiliki wang syiling yang dihasilkan dalam Kesultanan Melayu Melaka. 

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Penonton Tak Sabar Menyaksikan Persembahan Hebat, Tiket AJL34 Laris

Sinopsis Filem ZOMBITOPIA Lakonan Shaheizy Sam & Bront Palarae