in , ,

Penonton Tak Sabar Menyaksikan Persembahan Hebat, Tiket AJL34 Laris

Tiket Anugerah Juara Lagu 34 (AJL 34) yang telah mula dijual sejak 9 Januari 2020 lalu, sudah hampir habis terjual! Yang belum beli, cepat dapatkan sebelum kehabisan.

Kini hanya tinggal tiket Aras 4 yang berharga RM30 sahaja yang masih dipasaran. Tiket Arena telah habis dijual dalam masa 24 jam sejak diwar-warkan, manakala Aras 3 pula habis terjual dalam masa satu minggu.

Penonton Tak Sabar Menyaksikan Persembahan Hebat, Tiket Ajl34 Laris

Penjualan tiket semakin rancak ketika Showcase AJL 34 yang diadakan di Panggung Anniversari, Taman Botani Perdana pada 18 Januari lalu. Kehebatan kesemua finalis AJL 34 pada malam itu memang tidak dapat disangsikan lagi apabila lebih 1,500 pengunjung masih tetap tidak berganjak daripada tempat duduk mereka walaupun hujan lebat serta guruh berkumandang.

Penonton Tak Sabar Menyaksikan Persembahan Hebat, Tiket Ajl34 Laris

Mereka tetap setia memberi sokongan dan berhibur bersama Aina Abdul, Hazama The Panglipurlara, Hafiz Suip, Naim Daniel, Bob Yusof, Haqiem Rusly, Ernie Zakri, Aman Ra, Akim and The Majistret, dan Kugiran Masdo.

Penonton Tak Sabar Menyaksikan Persembahan Hebat, Tiket Ajl34 Laris

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, Encik Johan Ishak,

“Kami amat teruja dengan penerimaan peminat yang amat menggalakkan ini. Pengunjung yang hadir pada hari showcase tersebut memang tidak dijangka dan ini membuktikan bahawa Anugerah Juara Lagu masih relevan dalam industri hiburan tanah air.

Sememangnya anugerah berprestij seperti AJL ini dinanti-nantikan oleh para audien dan juga karyawan muzik tanah air,”

“Tema kali ini amat menarik dan unik iaitu warna-warna suara di mana kita akan meraikan pelbagai jenis dan akrobatik suara penyanyi-penyanyi tanah air.

AJL 34 kali ini akan membuka tirai dengan persembahan himpunan pemenang-pemenang Anugerah Vokal Terbaik AJL seperti Liza Hanim, Misha Omar, Adibah Noor, Jaclyn Victor dan ramai lagi.

Mereka ini merupakan pemenang Anugerah Vokal Terbaik AJL sejak kategori ini diperkenalkan pada tahun 2002.

Persembahan interlude dan penutup AJL 34 ini juga menghimpunkan penyanyi-penyanyi hebat seperti Datuk Sheila Majid, M. Nasir, Ameng, Dato’ Hattan, dan ramai lagi.

Semestinya AJL 34 ini akan memberikan sebuah pengalaman yang akan membuat audien meremang bulu roma dan menjadikannya sebagai kenangan yang tidak dapat dilupakan,”

– Encik Johan Ishak
Penonton Tak Sabar Menyaksikan Persembahan Hebat, Tiket Ajl34 Laris

AJL 34 turut mendapat sokongan McDonald’s selaku penaja utama yang akan “Meriahkan Anugerah Juara Lagu sambil menikmati Hidangan Famili Mekdi.” dan juga rakan penaja Aplikasi Setel, aplikasi e-pembayaran petrol pertama di Malaysia. Kini boleh didapati di semua stesen Petronas  di Lembah Klang. AJL 34 juga disokong oleh rakan penaja Celcom Xpax, “Layan Internet sepuas hati untuk semua yang anda suka. Hidup tanpa had dengan Celcom Xpax. Hidup tanpa had dengan Celcom Xpax” Serta geng radio rasmi, Hot FM dan para rakan digital, Xtra, Senang Terhibur, dan Oh Bulan!

Jangan ketinggalan untuk merasai kehangatan Anugerah Juara Lagu 34 secara langsung di Arena Axiata , Bukit Jalil dengan mendapatkan tiket AJL 34 di myticket.asia sebelum kehabisan tiket.

Buat para peminat yang tidak berkesempatan untuk hadir ke stadium, mereka boleh menonton AJL34 melalui strim langsung HD di laman tonton.

Gunakan tanda pagar #AJL34 di laman media sosial untuk hangatkan perbualan di alam maya.

Penonton Tak Sabar Menyaksikan Persembahan Hebat, Tiket Ajl34 Laris
Penonton Tak Sabar Menyaksikan Persembahan Hebat, Tiket Ajl34 Laris
Penonton Tak Sabar Menyaksikan Persembahan Hebat, Tiket Ajl34 Laris
Penonton Tak Sabar Menyaksikan Persembahan Hebat, Tiket Ajl34 Laris
Penonton Tak Sabar Menyaksikan Persembahan Hebat, Tiket Ajl34 Laris

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kristen Stewart | 15

Huawei Nova 7i Bakal Dilancar Di Malaysia Pada 14 Februari 2020

Izzue Islam | 16

Izzue Islam Dedah Kejayaan Luar Biasa Remaja dalam WIRA REMAJA