in , ,

I Can See Your Voice Malaysia Musim Kelima Lebih Rancak

Dua Episod Yang Pertama Meraih Lebih 3 Juta Penonton. Musim Kelima Lebih Rancak Dengan Barisan Hos & Panel Penyiasat Baharu.

Program hiburan nombor satu di Malaysia, I CAN SEE YOUR VOICE MALAYSIA (ICSYVMY) yang diadaptasikan daripada program popular Korea Selatan kembali untuk musim kelima dengan barisan hos dan panel penyiasat baharu. I Can See Your Voice Malaysia 5 telah menerima sambutan yang amat menggalakkan dengan mencatatkan ratings terkumpul iaitu lebih daripada 3 juta penonton di dua episod pertama ketika bersiaran. (sumber: Nielsen)

Dihoskan oleh Izzue Islam dan Ain Edruce, I Can See Your Voice Malaysia 5 menampilkan Datuk Rosyam Nor, Andi Bernadee dan Janna Nick sebagai panel penyiasat tetap. 

Logo ICSYVMY5

Pertama kali digandingkan di pentas yang sama, keserasian Izzue Islam dan Ain Edruce mengendalikan program ini berjaya merancakkan suasana studio dengan cara penyampaian yang sangat bersahaja dan ceria. 

Tidak ketinggalan dengan pelbagai gelagat lucu dan karenah dari panel penyiasat tetap iaitu Datuk Rosyam Nor, Janna Nick dan Andi Bernadee yang ‘bersungguh – sungguh membantu’ artis jemputan untuk mengenal pasti siapakah penyanyi sebenar dan penyamar bersuara sumbang dalam kalangan penyanyi misteri. 

Musim baharu ini akan bersiaran selama 13 episod pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 dan strim live secara HD di www.tonton.com.my Ia telah menemui jutaan peminat setianya pada 8 Mei 2022 dengan episod istimewa edisi Raya bersama Naim Daniel dan Tajul sebagai artis jemputan manakala episod kedua pula menyaksikan Nabila Razali dan MK berjaya mendapatkan penyanyi sebenar di pusingan akhir! 

Episod 3 ICSYVMY5 yang akan disiarkan pada 22 Mei 2022(3)

I Can See Your Voice Malaysia 5 mempunyai 4 pusingan untuk artis jemputan mengenal pasti dan menyingkirkan penyamar bersuara sumbang di 3 pusingan awal. Jika peserta yang berjaya mara ke pusingan akhir ialah seorang penyamar, beliau bakal memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM3,000 manakala penyanyi sebenar akan mempunyai peluang untuk merakamkan sebuah single bersama artis popular tanah air. 

Jangan ketinggalan untuk terus menyaksikan I Can See Your Voice Malaysia 5 pada hari Ahad ini (22 Mei 2022) dengan penampilan Zizi Kirana sebagai artis jemputan. Turut serta dalam episod ketiga ini ialah Sophiana Liana, Marsha Milan dan Altimet sebagai penyiasat jemputan. Berjayakah Zizi Kirana menjalankan misi untuk mencari rakan duetnya? Adakah beliau seorang penyanyi sebenar atau penyamar suara sumbang yang akan berduet dengan Zizi Kirana? 

Artis Jemputan - Zizi Kirana

Selepas ini, nantikan penampilan penyanyi – penyanyi popular Malaysia seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ella, Misha Omar, Dolla, Shila Amzah, S.O.G, Zamani dan Iman Troye sebagai artis jemputan yang akan menceriakan hujung minggu anda dan sudah pastinya tak kering gusi menonton program muzik misteri ini! 

Panel Penyiasat Tetap - Andi Bernadee

I Can See Your Voice Malaysia 5 menampilkan Digi sebagai penaja utama, Kinohimitsu dan Nivea sebagai penaja bersama, Hot FM sebagai rakan radio, Oh Bulan, Xtra dan Senang Terhibur sebagai rakan digital. Gunakan #ICSYVMY untuk merancakkan perbualan di laman media sosial.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

HAN BYUL

Han Byul Meluahkan Suara Hati Menerusi Single Terbaharu BUKAN MILIKMU

TV9 Terus Memberikan Program Sukan Terkini, Pantas & Tepat!