in ,

“InshaAllah Saya Bersama Anda” – Firdaus Wong Beri Sokongan Buat Caprice

Kontroversi melibatkan penyanyi rap dan usahawan Caprice yang kini sedang menjadi tular di laman sosial berikutan kenyataannya yang didakwa seperti tidak berpuas hati dengan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew.

Kiamat makin hampir Raya Aidiladha sepatutnya kita sesama Islam berbaik sangka jangan buka aib antara kita terutama agamawan yg akan sepatutnya lebih arif tentng pengorbanan hakiki dalam hakikat insan. Benda boleh setel. Kalau betul pun tak perlu broadcast. Cukup bertemu dan berbincang real atau secara virtual sesama pihak berkenaan.

Bagaimanapun, isu tersebut menjadi semakin rancak apabila seorang pendakwah Cina Muslim, Firdaus Wong Wai Hung memaklumkan sokongannya terhadap pemilik nama Ariz Ramli tersebut.

Menerusi laman sosial Facebook miliknya, Firdaus memberi semangat terhadap penyanyi berusia 32 tahun itu agar tabah menghadapi reaksi orang ramai susulan pendedahan tersebut.

firdaus-wong-1
Firdaus Wong

Beri Kata-Kata Semangat Dan Tunjuk Sokongan

“Insya-Allah saya dengan anda. Amar makruf nahi mungkar. Di dunia kita boleh berlakon tetapi bila jumpa Munkar dan Nakir, lakonan kita di dunia yang mempersonakan dan memperdayakan manusia akan menjadi penyesalan,” katanya.

Selain itu, Firdaus turut memuat naik beberapa screenshot mempamerkan hantara dari laman Instagram serta Insta Story Caprice yang mendakwa mahu membongkar perkara yang terjadi sewaktu misi kemanusiaan Gaza, Palestin baru-baru ini.

Dalam hantaran lain, Firdaus turut menegaskan dirinya serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Multiracial Reverted Muslims (MRM) berpegang teguh dengan prinsip yang betul tetap betul dan salah tetap salah tanpa mengira sesiapa.

CAPRICE

Berpegang Prinsip Berlandaskan Al-Quran & Sunnah Walau Dicaci

Sementara itu, Firdaus memaklumkan bahawa dia lebih memilih untuk bertindak jujur dan mengikuti prinsip hidup sendiri berlandaskan Al-Quran dan Sunnah walaupun mungkin akan dicaci dan dihina kerana bertentangan pendapat dengan netizen tentang figura terkenal tanah air.

CAPRICE

Terdahulu, Caprice mendedahkan dirinya disekat pendakwah bebas, Ebit Lew di laman Instagram selepas mempersoalkan tingkah laku Ebit ketika misi kemanusiaannya di Gaza baru-baru ini.

Sehingga kini, Caprice masih berteka-teki mengenai hal sebenar dan memberitahu akan mengadakan sesi ‘Live’ di Instagramnya pada 21 Julai nanti bagi mendedahkan perkara yang berlaku semasa misi kemanusian tersebut.

*Sumber: OhMYMedia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Saya Susah Nak Benci Orang, Saya Susah Nak Bergaduh,” – Ustaz Ebit Lew

Fizie Sebak Ucap Selamat Tinggal Hot FM