in , ,

“Saya Susah Nak Benci Orang, Saya Susah Nak Bergaduh,” – Ustaz Ebit Lew

Beberapa hari lalu, hangat diperkatakan mengenai perselisihan faham antara Ustaz Ebit dan penyanyi rap, Caprice berkenaan misi bantuan di Gaza.

Ustaz Ebit Lew telah meluahkan isi hatinya yang begitu sedih dengan apa yang berlaku. Beliau menganggap ini semua adalah ujian dari Allah untuk menguji sejauh mana tebalnya dan kuatnya iman.

Menurut Ustaz Ebit, dia tidak suka bergaduh dengan sesiapa apatah lagi mengata tentang orang lain. Bagaimanapun, Ebit berkata orang lain yang datang seolah cari gaduh dengannya. 

Ebit

“Saya susah nak benci orang, saya susah nak lawan orang. Saya susah nak kata siapa-siapa. Saya susah nak bergaduh dengan siapa-siapa. Tapi, sejak kebelakangan ini, orang tak berhenti datang. Semua orang nak cari gaduh dengan saya. Semua orang nak cakap bukan-bukan dekat saya. Saya jadi sedih. 

“Saya memang tak takut siapa-siapa sejak kecil. Saya tahu hidup saya Allah yang tentukan, mati saya juga Allah yang tentukan. Saya tak balas pun orang mesej saya bukan-bukan. Kalau orang ugut, saya tak balas. Kalau setakat berkata, saya tak kisah sangat tapi kalau melibatkan macam-macam orang, yang itu saya jadi sedih. 

“Saya fikir dunia ini tak seindah yang disangka. Walau kita cuba nak bawa kasih sayang dalam dunia, akan ada yang benci, akan ada yang lawan. Saya percaya, kalau tidak hari ini, suatu hari nanti, dunia ini akan kembali seperti zaman dahulu. Zaman Rasulullah. Zaman dulu orang baik-baik. Suasana itu akan wujud, manusia saling mengasihi, saling menyayangi dan menghormati antara satu sama lain,”

– Ustaz Ebit Lew

Dalam aplikasi TikTok yang dimuat naik semula dalam Instagram, @jentikhati, itu menyaksikan Ustaz Ebit mengalirkan air mata.

Kata Ustaz Ebit lagi meskipun jika ada yang menghantar mesej bukan-bukan kepadanya serta mesej ugutan, dia tidak akan membalasnya. Diakhir video tersebut, Ustaz Ebit turut mendoakan agar umat manusia hidup dalam suasana dan persekitaran yang penuh kasih sayang. 

“Tumpuan Kalian Berikan Kepada Ustaz Ebit Benar-Benar Buat Saya Ingin Dedahkan…” – Caprice

Dalam hantaran itu juga, Caprice terbuka untuk berkongsi maklumat mengenai perkara baik dan kurang baik membabitkan pasukan Ebit ketika rombongan berkenaan ke Gaza, Palestin baru-baru ini. 

“Tumpuan yang kalian berikan kepada UEL (Ustaz Ebit Lew) benar-benar membuatkan saya ingin dedahkan perkara sebenarnya mengenai pasukannya. 

“Di Gaza, dia hanya 10 peratus daripada apa yang berlaku. Tapi, kalau kalian menyebut-nyebut nama itu sebab nak bakar lagi, saya sedia untuk tunjuk lagi sampai yang marah, betul-betul faham dan sedar, ada benda baik yang pasukan UEL buat. 

“Tapi, ada benda kurang baik juga berlaku yang orang lain kena hadam seperti saya. Ini bukan kali pertama, cuma banyak badan bukan kerajaan (NGO) tak berani bersuara sebab takut dengan maklum balas netizen begini,” tulisnya. 

Tambahnya lagi, nama Ebit itu begitu ‘mahal’ sehinggakan ramai yang membela nasibnya. Caprice juga menjelaskan bahawa tidak wujud rasa dengki atau cemburu dalam hatinya terhadap pasukan pendakwah itu. 

“Tolong jangan paksa saya. Masalah ini lebih besar dari UEL, tapi sebab nama ini terlalu mahal, sekali petik saja semua nak bela sebab dia seorang ustaz dan buat banyak benda baik. 

“Ya, saya begitu juga dulu. Tapi, sekarang saya kena hadam semua yang berlaku di sini seorang diri. Minta maaf sangat-sangat. Tolonglah fikir logik. Tak ada sesiapa di sini dengki dan cemburu dengan pasukan UEL. 

“Ini hanya apa yang berlaku pada misi Gaza yang buat saya dan pasukan-pasukan lain nak masuk ke Gaza selepas ini, lagi susah. Tolonglah faham. Tak ada sesiapa pertikai benda baik yang dia buat. Cuma dua ke tiga perkara berlaku yang kecoh di Gaza dan kita kena hadam,” katanya. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Najib Razak | 23

Caprice Nekad Mahu Buat Pendedahan, Sekali Najib Razak & TMJ Tampil Komen Pasal Ebit Lew

Gadgetmodel Hiasan | 24

“InshaAllah Saya Bersama Anda” – Firdaus Wong Beri Sokongan Buat Caprice