in ,

Fizie Sebak Ucap Selamat Tinggal Hot FM

Selain Mark Adam, penyampai radio segmen Geng Pagi Hot di Hot FM, Fizie turut mengumumkan meninggalkan stesen radio berkenan, hari ini.

Fizie, 32, mengakui berat dan sedih apabila terpaksa berbuat demikian. Namun, akur dengan rezeki yang sudah tertulis selepas hampir 10 tahun bersama Hot FM.

“Keputusan tidak menyambung perkhidmatan di stesen Hot FM atas persetujuan bersama dengan pihak pengurusan.

“Jadi, saya akan menumpukan perhatian kepada beberapa perniagaan perkhidmatan yang diusahakan selepas tidak bersama Hot FM.

“Sebelum ini, perniagaan agak terganggu ekoran pandemik COVID-19, jadi sekarang saya boleh kembali fokus untuk memulihkannya,” katanya kepada BH Online.

Fizie atau nama sebenarnya, Mohamad Hafizie Roslan berkata, ia adalah satu keputusan yang sangat berat selepas sekian lama bertugas sebagai penyampai radio.

Jujurnya, saya memang sedih. Bohonglah, jika tiada perasaan sedih apabila sudah mengabadikan diri selama 10 tahun dalam dunia penyiaran radio.

“Ia sudah menjadi sebahagian kehidupan saya. Susah, senang, suka, duka dan gelak ketawa semuanya bersama Hot FM.

“Banyak perkara menyeronokkan ketika bertugas di Hot FM. Sedikit sebanyak terasa apabila terpaksa meninggalkan tempat yang disayang, tetapi saya percaya percaturan Allah lebih hebat.

“Kita hanya mampu merancang, Allah juga menentukan,” katanya.

Tambah Fizie, buat masa ini, dia mahu berehat daripada kerjaya penyampai radio, namun sentiasa terbuka jika ada peluang baharu.

“Saya akan menumpukan perhatian selama tiga atau empat bulan untuk memulihkan perniagaan, tetapi saya terbuka sekiranya ada tawaran sebagai penyampai radio di stesen lain.

“Jujurnya, saya sudah biasa bekerja dengan konti radio. Seperti makan, jika tidak makan kita terrasa lapar, begitu jugalah jiwa saya dalam dunia penyampaian radio.

“Apabila tidak muncul di konti radio, tentunya rasa berbeza,” katanya.

Tanpa berselindung, Fizie berkata, ada pihak sudah merisik, mungkin juga ada rezeki lebih baik di stesen radio lain.

“Jadi, saya percaya rezeki di tangan Allah. Mungkin sudah ketentuan cukuplah rezeki selama 10 tahun bersama Hot FM dan diberikan rehat seketika.

“Ini kerja saya memulakan tugasan dari jam 4.30 pagi sehingga petang, ada kala bawa ke malam,” katanya.

Fizie memulakan tugasan di Hot FM di Kelantan, kemudian ditukarkan ke ibu kota bertugas bersama AG dan Fara Fauzana. Dia juga adalah generasi terakhir bagi AM Krew.

Seterusnya, Fizie bertugas dalam segmen Geng Pagi Hot bersama Haziq dan Ajak. Kemudiannya, Haziq digantikan dengan Shuk Sahar.

Tidak lama kemudian, Fizie bergabung pula dengan Shuk dan Shuib Sepahtu. Terakhir bersama Mark Adam dan Riena Diana selama lima bulan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“InshaAllah Saya Bersama Anda” – Firdaus Wong Beri Sokongan Buat Caprice

Isu Misi Bantuan Gaza Caprice & Ebit Lew, Giliran Ustaz Kazim Elias Pula Bersuara