in , ,

Ini Kata Kata Padu Aaron Aziz Kepada Influencer Biadap Dengan Orang Tua Gelandangan

‘Lu kalau nak tolong orang, jangan nak korek-korek kisah silam siapa-siapa’ – Aaron Aziz sound setepek usahawan mengaibkan warga emas (gelandangan) di khalayak ramai.

Orang ramai meluahkan rasa kesal susulan tular sebuah rakaman seorang lelaki dipercayai seorang ‘influencer’ bertindak memalukan seorang gelandangan warga emas di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur baru-baru ini.

Difahamkan individu tersebut hadir bersama beberapa orang pekerjanya ke pusat transit berkenaan bagi memberi bantuan dan dipercayai mengambil kesempatan itu untuk memberi para gelandangan di situ sedikit ‘motivasi’.

Menerusi video berdurasi 50 saat itu, tindakan lelaki tersebut mempersoalkan adakah warga emas itu menyesal kerana tidak berusaha sewaktu muda sehingga dia menjadi gelandangan disifatkan sebagai biadab dan menjatuhkan air muka warga emas terbabit.

Selepas Teruk Kena Kecam Kerana Video Biadap Dengan Orang Tua, Dia Tampil Beri Kenyataan Ini

“Boleh beri motivasi kepada orang lain, tapi lakukan dengan cara yang betul. Terkejut bagaimana dia boleh terlibat dengan perniagaan sedangkan dia tidak ada sikap empati. Perkara ini sangat mengecewakan dan tidak boleh diterima. Harap pak cik itu kekal tabah,” kata @acapsopi.

“Tuhan tak hantar kamu ke situ untuk tolong mereka, sebaliknya tuhan hantar kamu untuk tunjuk kepada mereka biarlah hidup sederhana, asalkan tidak menjatuhkan martabat seseorang,” kata @Fzuhairah.

“Ya Allah tergamaknya tanya soalan macam tu. Saya anggap pak cik itu macam ayah saya sebab sebaya. Hancur hati tengok dia diperlakukan seperti itu. Ini bukan cara untuk memberi motivasi,” luah @yasay.

Aaron Aziz Beri Sepatah Dua Kata Untuk Influencer Itu

Selebriti Aaron Aziz atau ramai memanggilnya Malek kerana watak yang dibawa dalam filem KL Gangsterr turut meluahkan rasa tidak puas hati.

“Salam brader. Lu Kalau nak tolong orang Jangan nak korek corek kisah silam siapa siapa. Gua tak tahu la lu siapa Tapi jaga lu punya adab. Diaorang gelandangan, penagih ke, pengemis ke lu Kalau nak buat kerja Kebajikan this is not the f%@kin way. Jangan jatuh kan maruah orang, semangat orang, pendirian orang, nasib orang. Kalau lu rasa lu di hantar Tuhan utk ‘tolong’ orang susah skrg ALLAH juga boleh kasi lu susah. Kasi lu ingat sikit”

Aaron Aziz
Ini Kata Kata Padu Aaron Aziz Kepada Influencer Biadap Dengan Orang Tua Gelandangan

Influencer Dikompaun Sebab Tak Ikut SOP

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, siasatan dijalankan mendapati kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 11.30 pagi semalam apabila individu itu menyampaikan ceramah motivasi bertajuk ‘Ubah Hidup’ kepada 20 orang gelandangan.

Katanya, pihaknya telah memanggil individu itu ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bagi memberi keterangan berkaitan insiden itu.

“Kita mengeluarkan kompaun sebanyak RM1,500 kepada individu itu atas kesalahan tidak memakai pelitup muka ketika berada di pusat transit gelandangan tersebut.

“Tindakan ini adalah mengikut Peraturan 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) Pelan Pemulihan Negara 2021,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, orang ramai dinasihatkan supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara dalam memerangi wabak Covid-19.

Jelasnya, kegagalan mematuhi SOP membolehkan tindakan diambil di bawah undang-undang dan peraturan yang masih berkuat kuasa.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelajar UiTM Raih Tempat Pertama Di Dunia Dalam Peperiksan ACCA

Video Influencer Biadap Dengan Warga Emas Tular, Ini Luahan Sherry Ibrahim