in ,

Pelajar UiTM Raih Tempat Pertama Di Dunia Dalam Peperiksan ACCA

Tahniah kami ucapkan kepada pelajar Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Hannah Mumtazah Ahmad Murshidi yang mendapat tempat pertama di Malaysia dan dunia bagi kertas Financial Management (FM) dalam peperiksaan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) sesi Jun 2021.

Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi satu perkongsian di Facebook memaklumkan Hannah turut cemerlang dalam kertas Strategic Business Reporting (SBR) apabila meraih tempat pertama di Malaysia dan kedua di dunia dalam peperiksaan yang sama.

HANNAH

“Beliau merupakan alumni Program Matrikulasi KPM Jurusan Perakaunan Profesional “(JPPro) Kohot 1 Sesi 2018/2019 yang merupakan kolaborasi antara KPM, UiTM dan ACCA.

“Beliau kini sedang mengikuti Pengajian Perakaunan Profesional di Jabatan Pengajian Perakaunan Profesional, Fakulti Perakaunan, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam”

– Facebook Kementerian Pendidikan

Dalam pada itu Koordinator Komunikasi Korporat Fakulti Perakaunan, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Siti Aisyah Kamaruzaman dalam satu kenyataan berkata disiplin diri serta kekuatan mental merupakan cabaran terbesar yang dihadapi Hannah Mumtazah sepanjang pembelajaran atas talian.

Namun kejayaan Hannah Mumtazah adalah disebabkan pengurusan masa yang baik dalam memastikan sesi ulangkaji dapat diatur dengan sebaiknya.

“Beliau yang bercita-cita untuk menjadi akauntan bertauliah berasa sangat bersyukur atas sokongan padu yang berterusan daripada ibu bapa, guru dan pensyarah.

“Ini menguatkan lagi semangat beliau walaupun berdepan cabaran sepanjang proses pembelajaran atas talian,”

– Siti Aisyah Kamaruzaman

Difahamkan  Hannah masih mempunyai tiga lagi kertas sebelum menamatkan pengajian beliau dan mendapat kelayakan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA).

HANNAH

Tahniah buat Hannah!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zulin Aziz Bakal Menikah dengan Farhan Pada Bulan Ogos Ini

Ini Kata Kata Padu Aaron Aziz Kepada Influencer Biadap Dengan Orang Tua Gelandangan