in , ,

Ibu Arwah Abam Bocey Meninggal Dunia

Ibu kepada Allahyarham Abam Bocey, Sabariah Arshad meninggal dunia akibat pelbagai komplikasi penyakit termasuk serangan asma pada pukul 11.54 malam tadi (Khamis)

Sabariah, 64, menghembuskan nafas terakhir ketika sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi, Hospital Selayang.

Perkara itu dimaklumkan anaknya, Ali Puteh atau nama lengkapnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd. Ridzuan menerusi satu hantaran status dalam Instagram.

Ibu Arwah Abam Bocey Meninggal Dunia

“Assalamualaikum, mak saya telah pergi menghadap Ilahi. Doakan mak saya ya semua. Mak jumpa abang di sana,” kata Ali Puteh

– Ali Puteh

Keluarga Ali memaklumkan Sabariah diserang penyakit asma dan dimasukkan ke zon kritikal (zon merah) hospital berkenaan pada Selasa lalu.

Difahamkan, Sabariah juga telah ditidurkan dan menggunakan alat bantuan pernafasan.

Menurut Ali, jenazah ibunya akan dimandikan di masjid BT8 Gombak sekitar pukul 9 pagi dan akan dikebumikan di tanah perkuburan sama dengan arwah Abam iaitu Tanah Perkuburan Sungai Pusu, Gombak sebelum solat Jumaat, hari ini.

Berita pemergian ibu kepada adik beradik pelawak itu juga dikongsikan rakan pelawak, Achey menerusi hantaran terbaharu Instagram miliknya.

Pada Disember 2020, Sabariah pernah dikejarkan ke hospital sama kerana serangan asma dan menggunakan alat bantuan pernafasan. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

HBO Asia Original Series WORKERS Win 4 Golden Bell Awards

Caprice vs King Coco, Ujian Siapa Lagi Pelat, Netizen Restu Sesuai Dijodohkan