in , ,

Hidayah Minta Tolong, Dakwa Disihir Sejak Arwah Abam Meninggal Dunia

Balu kepada Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali, 30, mendakwa dia dan anaknya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey menghadapi gangguan mistik sejak suaminya meninggal dunia.

Berikutan itu, Siti Norhidayah atau lebih mesra disapa Hidayah menerusi hantaran Instagram (IG) memohon jasa baik orang ramai untuk berkongsi maklumat mengenai individu yang mempunyai ilmu perubatan Islam yang boleh merawat mereka.

“Saya minta pertolongan kepada sesiapa sahaja pakar perubatan Islam, ustaz atau ustazah yang mempunyai kepandaian merawat sihir yang boleh mengubati saya dan Hamzah yang disihir dan mengalami gangguan mistik sejak arwah suami meninggal dunia.

Hidayah Dakwa Disihir Sejak Arwah Abam Meninggal Dunia

“Mohon kepada sesiapa dapat membantu saya dan Hamzah, bolehlah menghubungi abang saya, Azmier. Assalamualaikum,”

-HIDAYAH

Hidayah berkata, gangguan mistik dihadapi sejak arwah Abam meninggal dunia dan berlarutan sehingga hari ini, ia sekali gus memberi petanda Hidayah dan Hamzah sudah lebih tiga tahun berhadapan dengan gangguan berkenaan.

Terdahulu, Abam dan Hidayah mendirikan rumah tangga pada 2017 dan dikurniakan cahaya mata, Syed Uthman Hamzah Al Juffrey yang kini berusia dua tahun.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia pada 10 Februari 2020 akibat demam panas pada usia 32 tahun.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SAJAT

“Aku Yang Pondan Cantik Ni Pun, Takkan Amik Laki Orang,” – Sajat

Gara-Gara Video Menari Baju Ketat, PU Syed Tegur Aliff Syukri