in , ,

Gara-Gara Video Menari Baju Ketat, PU Syed Tegur Aliff Syukri

Pendakwah bebas, Ustaz Syed Mohd Bakri Syed Ishak atau PU Syed memuat naik sebuah video menegur usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri susulan video yang tular baru-baru ini.

Video tersebut mendapat perhatian di media sosial kerana aksi yang ditunjukkan oleh Aliff dan beberapa orang penari latar disifatkan tidak bersesuaian dengan kemuliaan bulan Ramadan.

“Kita berada di bulan Ramadan, bulan yang penuh pengabdian kita kepada Allah SWT, jadi saya rasa video Datuk Seri yang tergedik-gedik bersama penari latar tersebut sangat tidak sesuai.

“Kita sambut hari raya nanti, kita sambut kemenangan melawan hawa nafsu bukan sebab kita ikut hawa nafsu.

“Saya tahu suara Datuk Seri sedap , ada bakat dan ada keyakinan penuh pada diri Datuk Seri. Tapi dengan gaya penyampaian tersebutt sangat tidak sesuai. Ubahlah, tak perlu menari pun takpe,” tegur PU Syed.

Warganet turut menzahirkan perasaan kurang senang dengan memberikan kecaman yang hebat terhadap video tersebut dan ada juga yang memberi sokongan kepada PU Syed kerana menegur Aliff Syukri secara terbuka

“Saya sokong ustaz teruskan perjuangan dalam mencegah kebatilan. Allahuakbar!

“Setuju ustaz, terima kasih berani menegur,” tulis netizen di ruangan komen.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

HIDAYAH ABAM HAMZAH

Hidayah Minta Tolong, Dakwa Disihir Sejak Arwah Abam Meninggal Dunia

Penyanyi Amsyar Lee Mahu Cuba Kembangkan Bakat Dalam Lakonan