in ,

Ini Pandangan Pertama Siri HBO Asia HALFWORLDS Musim Kedua

Imej produksi pertama siri Original HBO Asia HALFWORLDS, telah dikeluarkan. Siri drama seram aksi fantasi lapan episod selama sejam setiap satu – rancangan pertama yang kembali ke rangkaian ini – dijadualkan untuk tayangan pada hujung tahun ini, secara eksklusif di HBO Asia kaca televisyen, dalam talian dan platform atas permintaan.

Produksi untuk musim kedua HALFWORLDS telah pun habis dan siri ini sekarang di fasa pasca pengeluaran. Dicipta oleh HBO Asia, musim kedua HALFWORLDS meluaskan alam semesta yang ditubuhkan dalam musim pertama, merentasi lorong-lorong di Jakarta, ke jalanan lampu neon di Bangkok.

HBO Asia HALFWORLDS Season 2 - (from left), Wish (Myra Molloy), Fyter (Peem Jaiyen), and Juliet (Tia Tavee)

Ini Pandangan Pertama Siri HBO Asia HALFWORLDS Musim Kedua

[dropcap]S[/dropcap] eorang penyelidik yang gigih bernama Juliet (Tia Tavee) sedang cuba untuk mendedahkan dunia rahsia syaitan yang tinggal di kalangan manusia. Bersenjata dengan penyelidikan oleh arwah bapanya, dia berusaha mendapat jawapan. Semasa mencari artifak purba berkuasa, tindakannya menarik perhatian syaitan Thai tempatan yang dikenali sebagai Peesaj. Tidak lama kemudian itu, usahanya membawanya berhadapan dengan pemimpin Peesaj iaitu Charlie (David Asavanond), Warin, seorang pengaman manusia (Nicole Theriault) dan seorang Peesaj bernama Fyter (Peem Jaiyen), yang dihantar untuk membunuhnya.

Kerja produksi siri HBO Asia yang pertama kali kembali untuk musim kedua di rangkaian ini, telah pun selesai

Ahli kaum Halfbreed, Barata (Arifin Putra) pula dalam usaha pencariannya sendiri yang memerlukan dia untuk mendapat bantuan daripada seorang sahabat lama, Kaprey (Jake Macapagal). Dia bukan satu-satunya dalam perjalanan bahaya ini, kerana rakan Demit, Tony (Reza Rahadian) membuat kehadirannya diketahui di Bangkok untuk mencari cintanya yang hilang.

HBO Asia HALFWORLDS Season 2 - (from left), Charlie (David Asavanond) and Tony (Reza Rahadian)




[pullquote align=”right”]Musim kedua menampilkan barisan pelakon yang menarik dari Thailand, Indonesia, Filipina dan Taiwan. Reza Rahadian (Habibie & Ainun) dan Arifin Putra (The Raid 2) kembali sebagai Tony dan Barata.[/pullquote]

Barisan pelakon baru termasuk Peem Jaiyen (Hormones 3), Tia Tavee (Asia’s Next Top Model 2), Emma Grant (The Idol Game), Myra Molloy (Thailand’s Got Talent), Nicole Theriault (Phobia 2), Jeeja Yanin (Chocolate), David Asavanond (The Last Executioner), Charlie Ruedpokanon (Only God Forgives), Jake Macapagal (Metro Manila), dan Teresa Daley (Transformers: Age of Extinction), yang juga telah membintangi Grace, siri HBO Asia.

Musim kedua HALFWORLDS menandakan pengeluaran kelima sebuah siri Original HBO Asia selepas DEAD MINE (2012), SERANGOON ROAD (2013), GRACE (2014), dan HALFWORLDS Musim 1 (2015). Di samping itu, penonton boleh menjangkakan produksi-produksi lain HBO Asia pada hujung tahun ini, iaitu dua produksi yang merupakan filem aksi seni antologi bahasa Cina MASTER OF THE DRUNKEN FIST: BEGGAR SO, dan MASTER OF THE SHADOWLESS KICK: WONG KEI-YING. Kedua-dua filem ini, yang dihasilkan dengan kerjasama China Movie Channel (CMC), mewakili produksi bersama pertama HBO Asia di China. Pada tahun 2017, THE PSYCHIC, siri bahasa Cina pertama HBO Asia bertempat di Taiwan dan dijadualkan untuk tayangan.

HBO Asia HALFWORLDS Season 2 - (from left), Barata (Arifin Putra) and Kaprey (Jake Macapagal)

HBO Asia HALFWORLDS Season 2 - Juliet (Tia Tavee)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ada Sebab Utama Kenapa Kena Basuh Dulu Baju Yang Baru Dibeli

Da’i Ahmed & Da’i Azrin Tersingkir dari Da’i Pendakwah Nusantara Musim Ke-4