in ,

Genap Sebulan Abam Bocey Meninggal Dunia, Isteri Abam Menitip Pesanan di IG

Isteri kepada Allahyarham Abam Bocey, Siti Nurhidayah Mohd Ali menerusi Instagram arwah ada memberikan dedikasinya buat suaminya yang kini genap sebulan pergi buat selamanya.

Sambil menyatakan setiap yang hidup pasti menemui kematian, Hidayah turut menyatakan adalah lebih baik mendoakan pasangan yang ditakdirkan pergi lebih dahulu.

“Hari Ni Genap Sebulan Abang Meninggalkan Kami Semua, Al-Fatihah,” –

Isteri Allahyarham Abam Bocey

“Setiap yang hidup, pasti akan mati.” Jika ditakdirkan pasangan kita meninggal dunia terlebih dahulu daripada kita, usahlah meraung tetapi, berdoalah kepada Allah S.W.T buat Allahyarham suamiku yang tercintaaa hari ni genap sebulan abang meninggal kan kami semua.. AL-FATIHAH (dibaca).

– IG Abam

Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, 32, meninggal di kediamannya pada pagi 10 Februari lalu.

Abam dan Nor Hidayah mendirikan rumah tangga pada 2017. Pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, 8 bulan.

Terdahulu, Hidayah turut mengumumkan dirinya kini mengawal selia akaun Instagram Allahyarham dan berjanji untuk berkongsi perihal perkembangan terkini anak tunggal mereka.

Foto: Instagram Abam Bocik

What do you think?

64 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Betul Ke Elizabeth Tan Sengaja Pakai Seksi Untuk Umpan Lelaki?

4 Cara Mudah Untuk Mencari Kawan Yang Sesuai