in ,

SEDIHSEDIH

4 Cara Mudah Untuk Mencari Kawan Yang Sesuai

Sebenarnya, dalam hidup kita semua memang semua orang memerlukan kawan, setuju tak? Sebab kawan-kawan adalah orang yang paling istimewa untuk jadi tempat kita kongsi suka dan duka selepas keluarga.

Mereka juga adalah tempat untuk kita dapatkan sokongan dalam banyak hal dan beri semangat. Dalam erti kata lain, mereka juga adalah tempat untuk mendapatkan bantuan bagi membaiki kelemahan diri. Jika ramai orang suka berkawan atau berteman dengan korang, itu adalah salah satu petanda bahawa kita menuju ke arah kejayaan. Jadi, nak buat ramai kawan? Jom cuba cara yang kami nak kongsi ini. 

AJAK MAKAN

Senang saja, korang cuba ajak mereka makan sama-sama kalau korang nampak mereka makan seorang diri. Ajak saja sekali dengan kawan-kawan korang yang lain, iya lah kalau mereka tiba-tiba saja nak join geng korang kang nampak pelik pula kan? Kiranya, ahli dalam kawan-kawan awak pun akan bertambah juga lah.

BE YOURSELF

Ya! Korang perlu jadi diri sendiri sahaja kalau nak berkawan dengan seseorang. Tak perlu pun jadi orang lain. Dari situ, korang akan dapat rasa keikhlasan berkawan dengan orang lain. Kalau korang mulakan dengan jadi diri orang lain, nanti kawan baru korang terkejut pula bila korang tiba-tiba berubah, setuju tak?

BERFIKIRAN TERBUKA

Apa yang penting dalam berkawan, kita perlu sentiasa berfikiran terbuka untuk semua aspek. Ini sebab kita dan rakan kita memang ada banyak perbezaaan, oleh itu memang hormat sesama sendiri dan sentiasa terbuka dalam banyak hal pun membantu korang untuk bersilaturrahim dengan lebih baik dengan orang lain.

KEEP IN TOUCH

Seterusynya, bila dah dapat kawan baru, pastikan korang sentiasa keep in touchdengan mereka. Contohnya, ajak lah lepak makan, keluar wayang ke, atau pergi jalan-jalan trip dan food hunting ke. Asalkan korang selalu keep in touch, lebih lagi sekarang senang saja kan? Ada media sosial.

Mungkin selepas ini, korang boleh cuba semua cara ini untuk dapatkan kawan baru? Tak kisah lah korang ini extrovert ke introvert ke, itu bukan penghalang untuk berkawan sebab nak berkawan itu korang mesti akan melengkapkan each other juga kan akhirnya? Jadi tunggu apa lagi? Cuba tengok orang sekeliling korang, mana tahu one of them mungkin bakal jadi kawan korang satu hari nanti? Hehe

Sumber: Lunaria

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Genap Sebulan Abam Bocey Meninggal Dunia, Isteri Abam Menitip Pesanan di IG

Hafiz Hamidun Asuh Anak Angkat Berusia Sebulan