in

Gathering Pertama Kelab Peminat Shawal Esok!

Wah, tengok pada kad jemputan yang dikirimkan oleh Shawal FC ini memang cukup eksklusif dan istimewa sekali. Siap tertera nama ‘Budiey’. Terima kasih banyak kepada Bro. Ajami mewakili Shawal FC kerana menjemput saya untuk mengikuti perjumpaan kali pertama mereka yang akan berlangsung di Dewan Yayasan Tun Abdul Razak, Jln Bkt Bintang.

Banner Jemputan Shawal Fc

 Istimewa lagi, bersesuaian dengan tagline AGOGO, gathering Shawal FC yang pertama ini juga yang berkonsepkan ‘Hi-Tea’ membawa konsep ‘Retro Agogo’. Jadi kena pakai rambut afro dengan seluar bell bottom la ek? Haha… Kesemua peminat Shawal dialu-alukan untuk menghadiri dan memeriahkan majlis ini! Jangan lepaskan peluang untuk beramah mesra bersama Shawal.

Selain sesi bergambar dan persembahan nyanyian Shawal, pelbagai aktiviti menarik juga akan dijalankan. Seperti Games, Lucky Draw, Best Retro Dress of the Day & macam2 lagi!

Tarikh: Ahad, 5 Ogos 2007
Masa: 1 Petang (Pendaftaran)
Kod Pakaian: Agogo 70-an Biru @ Sebarang Pakaian Biru
Tempat: Dewan Yayasan Tun Abdul Razak, Jln Bkt Bintang
Menara Yayasan Tun Abdul Razak,
200, Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur.

Kepada semua peminat Shawal FC, kita jumpa di sana ya!

Sebelum ini, Sensasi Selebriti telah dijemput untuk menghadiri dua acara kelolaan Shawal FC iaitu Pelancaran Portal Shawal FC di KLCC dan Pelancaran Kelab Peminat Shawal ketika Shawal masih lagi berada dalam akademi.

[tags]shawal fc, gambar shawal af5, gathering shawal fc, gambar gathering shawal fc, perjumpaan pertama shawal fc, shawalfc.net, shawal agogo, foto shawal, gossip shawal, Games, Lucky Draw, Best Retro Dress of the Day, hi tea hotel murah, hotel murah kuala lumpur, akademi fantasia musim terbaru, af6, astro ria, bukit bintang[/tags]

Shawal Fc

Shawal Fc

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Kekasih Zahid AF2, Nurul atau Tengku Loreta?

Pemenang Festival Filem Malaysia 20