in

Gambar Shila Amzah di Majlis Penghargaan Istimewa Asian Wave

SHILA AMZAH KEBANGGAAN MALAYSIA DIRAIKAN DALAM SATU MAJLIS PENGHARGAAN EKSKLUSIF

Kemenangan Shila Amzah di Asian Wave 2012 diraikan meriah di malam penghargaan istimewa

Penyanyi Shila Amzah yang menyandang gelaran juara pertandingan nyanyian realiti TV Asian Wave di China hari ini diraikan lebih 100 orang tetamu di sebuah majlis tertutup anjuran Persatuan Persahabatan Malaysia-China (PPMC). Turut sama menjayakan majlis gilang-gemilang itu adalah Hai-O Enterprise Berhad dan saluran ntv7 & 8TV.

Attacchment 1

Di majlis istimewa itu, Shila disambut mesra Tuan Yang Terutama, Chai Xi, Duta Republik Rakyat China di Malaysia, Dato’ Abdul Majid Ahmad Khan, Presiden Persahabatan Malaysia-China, Encik Tan Kai Hee, Pengarah Urusan Hai-O Enterprise Berhad dan Encik Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad.

Penyanyi bersuara lunak itu juga dikelilingi peminat-peminat bertuah yang dijemput untuk meraikan kejayaan Shila bersama ibu bapanya, ND Lala (Amir Amzah bin Salleh) dan Fauziah Sarman serta tunjang kuat penyanyi itu, Encik Ong Peng Chu.

Memberi ucapan pada malam itu, Shila berterima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah memberi sokongan mereka sepanjang karier nyanyiannya. “Saya rasa amat bertuah kerana dapat menjadi kebanggaan Malaysia melalui pencapaian saya di pertandingan Asian Wave pertama yang berlangsung di China. Ia merupakan impian yang menjadi kenyataan dan saya amat bersyukur kerana tidak berputus asa dalam bidang nyanyian selama ini,” kata Shila.

“Saya ingin berterima kasih kepada Mr. Ong yang telah melihat bakat saya sejak tahun 2008 dan terus menerus memberikan peluang dan kepercayaan terhadap saya. Saya juga bersyukur kepada mereka yang sentiasa di sisi saya terutama kepada ibu bapa saya dan seluruh rakyat Malaysia. Sokongan anda akan terus memberi inpirasi kepada saya untuk melakukan yang lebih baik dalam projek-projek akan datang,” tambah Shila.

Dato’ Majid dalam ucapannya berkata, Shila merupakan inspirasi hebat buat seluruh Malaysia terutamanya anak-anak muda.

“Kegemilangan yang Shila bawa ke Malaysia menerusi kejayaan di Asian Waves 2012 pastinya tidak akan dilupakan dan menjadi bukti kepada ramai anak muda di negara kita. Saya doakan yang terbaik buat kerjaya nyanyian Shila”.

Encik Tan daripada Hai-O Enterprise Berhad juga memuji penyanyi berusia 22 tahun itu di dalam ucapannya.

“Shila telah menyatukan seluruh rakyat Malaysia dengan bakat dan suaranya yang luar biasa. Ia menjadi harapan kita untuk melihat kerjaya seni suaranya untuk terus menempah kejayaan,” kata Tan.

Encik Izham yang bercakap bagi pihak Media Prima Berhad berkata, bahawa syarikat itu juga amat berbangga dengan pencapaian Shila di Asian Wave 2012.

“Shila berbakat besar, berusaha keras dan individu yang tahan cabaran serta mempunyai dorongan tinggi untuk terus belajar dan berkembang di dalam kerjaya seni suara. Kami amat berbesar hati memiliki alumni yang luar biasa yang mula dilihat sejak penampilannya melalui musim kedua siri pertandingan realiti nyanyian 8TV, One In A Million. Kami berharap Shila akan terus memberi inspirasi kepada kita di Malaysia dan di luar negara melalui muziknya,” kata Izham.

Shila Amzah yang terkenal dengan kemantapan vokalnya kini meraih populariti mendadak di Malaysia dan China sejak memenangi gelaran juara Asian Wave 2012.

“Saya akan bekerja lebih keras lagi dan mengambil peluang ini untuk mengembangkan lagi kerjaya saya dan berharap suatu hari nanti menjadi artis paling popular Asia,” kata Shila.

Shila Amzah receive momento from Ambassador of People Republic of China in Malaysia, Mr Chai Xi

From left - Mr Izham, Shila Amzah & His Excelency  (Mr Chai Xi)

From Left - ND Lala (Amir Amzah, Shila's father), Shila Amzah & her mother, Fauziah Sarman

Shila Amzah sang her songs - Patah Seribu & Forever Love

Shila Amzah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Acoustic Elegance: A Chat With One Of The Best

TM Bakal Lancar Saluran Baru Jemput Selebriti Hong Kong