in

TM Bakal Lancar Saluran Baru Jemput Selebriti Hong Kong

Selain Astro, Budiey lihat ramai juga yang dah guna Hypp TV dari Telekom Malaysia (TM). Maklumlah, alang-alang dah ada Unifi kat rumah, baik guna Hypp TV ni. Channel dalam Hypp TV pun makin bertambah. Maklumlah IPTV ni makin popular dan paling pesat berkembang. Kalau tak guna, rasa rugi sebab semua dalam satu pakej dengan Unifi. Kat rumah ni, sampai sekarang Budiey tak guna Hypp TV ni, sebab dah ada Astro. Box Hypp TV tu simpan dan terbiar dalam almari je.

Terbaru, Budiey dapat tahu Hypp TV akan melancarkan 5 lagi saluran baru pada hari Khamis ni. Majlis prebiu program terkini bagi tahun 2012/2013 ini juga akan dipertontonkan kepada media.

Dengarnya, ada tiga orang selebriti dari Hong Kong akan diterbangkan untuk memeriahkan lagi majlis ini. Antaranya, Mandy Lieu, Anna Yaudan dan Icy Wong.

LIKE kat atas jika korang mengenali selebriti Hong Kong ini.

Icy Wong

Icy Wong

Mandy Lieu

Mandy Lieu

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Shila Amzah di Majlis Penghargaan Istimewa Asian Wave

The Jacksons Live In Malaysia