in

Filem Menarik Dalam Slot POPCORN HOUR

Filem-filem menarik dalam slot POPCORN HOUR Eksklusif di 8TV!

Berita baik untuk anda semua! Sepanjang bulan Ogos ini, 8TV bakal menghidangkan filem-filem menarik khas untuk penonton setia kami. Filem-filem hebat ini akan menemui anda dalam slot popular POPCORN HOUR yang akan menemui anda setiap Khamis jam 10.00 malam eksklusif di saluran hip 8TV. Semoga anda semua terhibur!

Tuesdays with Morrie
Tarikh siaran: 4 Ogos 2011
Masa: 10.00 malam
Dibintangi oleh: Jack Lemmon, Hank Azaria

Filem ini diadaptasi dari kisah benar tentang hubungan seorang Professor Sosiologi yang telah bersara bernama Morrie Schwartz dengan pelajar-pelajar beliau. Pada hari tamat pengajian Mitch Albim telah berjanji dengan Professor Morrie untuk terus berhubung antara satu sama lain namun kesibukan sebagai seorang wartawan telah membuatkan Mitch lupa akan janjinya. Setelah 16 tahun berlalu, Mitch ternampak Professor Morrie dalam satu sesi temubual di televisyen dan apa yang menyedihkan Professir Morrie kini sakit dan berkerusi roda. Mitch mengambil keputusan untuk melawat Professor Morrie dan menyedari masih banyak yang perlu beliau pelajari walaupun beliau berjaya dalam kerjaya. Diadaptasi dari novel tulisan Mitch Albom, saksikan filem penuh inspirasi dalam Tuesdays with Morrie yang pasti menyentuh hati anda.

License to Wed
Tarikh siaran: 11 Ogos 2011
Masa: 10.00 malam
Dibintangi oleh: Mandy Moore

Pasangan Ben Murphy dan Sadie Jones baru melangsungkan pertunangan dan masing-masing sudah tidak sabar untuk berkahwin dan hidup bersama. Namun Ben dan Sadie terpaksa menjalani beberapa kursus yang telah ditetapkan oleh Reverend Frank. Frank berkeras mahukan kedua-dua mereka melaksanakan kursus-kursus yang telah ditetapkan. Sepanjang mereka menjalani kursus ini, banyak adegak lucu yang terjadi dan ada kalanya menggangu perhubungan beliau. Berjayakah Ben dan Sadie untuk lulus cemerlang dalam kursus-kursus ini? Saksikan kisah komedi ini dalam License to Wed eksklusif di 8TV!

Rumor Has It
Tarikh siaran: 18 Ogos 2011
Masa: 10.00 malam
Dibintangi oleh: Jennifer Aniston, Mark Ruffalo, Shirley MacLaine, Kevin Costner, Mena Suvari

Kehidupan Sarah Huttinger sudah cukup huru-hara. Beliau akhirnya bersetuju untuk berkahwin dengan teman lelaki beliau Jeff namun jauh di sudut hati, beliau sendiri tidak pasti apa sebenarnya yang dimahukan dalam hidup beliau. Sarah memperkenalkan Jeff kepada keluarga Pasadena dan kemudiannya membawa beliau ke majlis perkahwinan kakak beliau bersama Scott. Sarah kemudiannya bertemu dengan jutawan terkenal Beau Burroughs dan mereka sama-sama menyimpan sebuah ‘rahsia besar’. Tidak hanya itu, Sara kemudiannya mendapati Earl sebenarnya bukanlah bapa kandung beliau. Saksikan perjalanan Sarah yang berusaha untuk mencari keluarga kandung beliau. Jangan ketinggalan menonton filem Rumor Has It yang penuh dengan drama dan aksi-aksi lucu eksklusif di 8TV.

Nancy Drew
Tarikh siaran: 25 Ogos 2011
Masa: 10.00 malam
Dibintangi oleh: Emma Roberts

Nama Nancy Drew sememangnya cukup dikenali ramai dengan pengembaraan dan kehebatan beliau menyelesaikan kes-kes jenayah. Detektif muda ini mempunyai buah fikiran dan cara tersendiri dalam menyelesaikan sesuatu misteri dan situasi. 8TV dengan bangganya membawakan kepada anda heroin terkenal “Nancy Drew” di mana beliau akan ke Los Angeles untuk menyelesaikan beberapa kes yang rumit dan mencabar. Drew meninggalkan rakan-rakan dan River Heights untuk menyambung pengajian di Hollywood High School. Personaliti dan stail beliau yang unik membuatkan beliau begitu cepat dikenali ramai. Walaupun Drew telah berjanji dengan bapa beliau untuk tidak lagi terlibat dalam mana-mana penyiasatan, beliau akhirnya terjebak dalam siasatan kes bunuh pelakon popular Dehlia Draycott. Semua ini bermula apabila Drew tinggal di rumah agam milik Draycott dan beliau mula mengalami peristiwa-peristiwa pelik dan mula melalukan penyiasatan. Berjayakah Drew meyelesaikan misteri di sebalik pembunuhan Draycott? Ikuti pengembaraan penuh suspend dalam “Nancy Drew” pada 25 Ogos 2011 (Khamis) jam 10.00 malam di 8TV.

“Hari Rabu anda tidak akan sama lagi! 8TV bakal menghidangkan filem-filem menarik dari Hollywood khas untuk tontonan anda seisi keluarga,” ujar Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan 8TV dan ntv7.

Bermula 4 Ogos 2011 ini, saksikan slot Popcorn Hour yang akan menemui anda setiap Khamis jam 10.00 malam yang akan menhidangkan filem-filem menarik hanya di 8TV. 8TV juga boleh ditonton menerusi saluran Astro 708. Anda juga boleh menonton siaran 8TV kegemaran anda dengan melayari lama sesawang www.8tv.com.my / www.tonton.com.my.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

RTM Kongsi Resipi Biskut Raya Chef Terkenal

Buffet Berbuka Puasa 2011 Hotel Federal Kuala Lumpur