in

RTM Kongsi Resipi Biskut Raya Chef Terkenal

RTM Kongsi Resipi Biskut Raya Chef Terkenal Sepanjang Ramadan Ini

Meskipun lambakan buku resepi dan ruangan blog yang menyediakan resipi-resipi menarik terutama biskut raya sepanjang Ramadan ini, namun Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengambil pendekatan berbeza dengan mengumpulkan variasi resipi biskut raya hasil air tangan chef-chef terkenal tanah air yang dikumpulkan dalam sebuah program tayangan sepanjang Ramadan ini.

Program bertajuk Kuih Raya Biskut Raya yang bakal disiarkan mulai 8 Ogos 2011, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 pagi menerusi saluran TV2 ini menampilkan Master Chef Sabri Hassan berkongsi resipi menarik di samping kemunculan Chef Zam Zaini, Chef Eswaran Sinayah, Chef Zaidah Mohd Noor dan Chef Ahmad Jamel dengan resipi yang enak dan lazat dalam 13 episod siarannya.

Menariknya penonton boleh mencuba resipi daripada biskut tradisional hingga biskut moden yang berwarna-warni serta pelbagai rasa untuk dinikmati sebagai juadah raya yang bakal tiba. Pastinya biskut yang dihasilkan sendiri lebih enak berbanding yang dibeli di pasaran kerana ianya air tangan sendiri dan dibakar mengikut citarasa sendiri.

Selain itu, RTM menjanjikan pelbagai lagi program kulinari termasuklah bagi kaum wanita khususnya ibu-ibu yang ingin mencuba pelbagai resepi baharu untuk hidangan berbuka puasa serta resepi menarik menyambut Aildilfitri akan datang iaitu “Ketuk-Ketuk Ramadan Siri 4” bersama hos yang juga dramatis popular Sheila Rusly yang akan memulakan siaran pada 31 Julai 2011 jam 12.30 tengah hari hanya di TV1. Program yang memasuki musim keempat, disiarkan setiap hari sepanjang Ramadan menampilkan artis undangan antaranya; Rozita Che Wan, Almy Nadia, Linda Onn, Umie Aida dan ramai lagi.

Sebut sahaja masakan pasti tidak akan lengkap tanpa buat tangan istimewa oleh chef-chef terkemuka tanahair dan hari-hari anda pastinya terhibur dengan telatah lucu Chef Wan mengendalikan rancangan masakan “Sajian Ramadan Bersama Chef Wan” pada setiap hari Isnin hingga Khamis bermula 1 Ogos 2011, jam 10.00 pagi di TV2.

Pada hujung minggu pula, jangan lupa janji temu anda bersama Chef Liza menerusi “Enak Bersama Ramli Chef Liza” yang bersiaran di TV2 pada jam 4.30 petang (Sabtu) dan 11.30 pagi (Ahad).

Sementara itu di saluran TVi, nantikan pelbagai lagi resepi menarik menerusi rancangan “Uli-Uli Aidilfitri” setiap hari Isnin dan Selasa jam 12.00 tengah hari serta “Ramadan Delights” pada waktu yang sama hari Rabu dan Khamis menerusi saluran 180 Astro.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Fasha Sandha & Pierre Andre Dalam Drama Madu Di Tasik Hempedu

Filem Menarik Dalam Slot POPCORN HOUR