in , ,

Filem EJEN ALI THE MOVIE menang Filem Meletop di Anugerah MeleTop Era 2020

Filem animasi terbitan Primeworks Studios dan Wau Animation, Ejen Ali The Movie meraih trofi Filem Meletop pada Anugerah Meletop Era (AME) 2020 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, malam tadi.

Kemenangan itu menamatkan dominasi filem terbitan Astro Shaw yang turut bersaing dalam kategori sama iaitu Polis Evo 2, Sangkar, Pusaka dan filem animasi, BoBoiBoy 2.

Pengarah Ejen Ali The Movie, Usamah Zaid Yasin menyifatkan kejayaan filem animasi berkenaan sebagai hasil kerja keras pasukan produksi.

“Ini adalah testimoni hasil kerja kami berbaloi. Kami sangat bertuah kerana filem ini bukan sahaja meraih pelbagai kejayaan, malah menyatukan pelbagai lapisan masyarakat dengan kutipan memberangsangkan,”

– Usamah Zaid Yasin
Ejen Ali

Sebelum ini, Ejen Ali The Movie meneroka pasaran dunia apabila mengumumkan kerjasama strategik dengan platform penstriman video dalam talian terbesar China, Tencent Video.

Populariti siri animasi Ejen Ali meyakinkan produksi menghasilkan tiga permainan bagi alatan mudah alih yang yang meraih lebih tujuh juta muat turun melalui aplikasi Apple App Store dan Google Play Store.

Kejayaan siri animasi ini seterusnya direalisasikan melalui kutipan box-office filem Ejen Ali The Movie yang dilancarkan pada Disember 2019.

Filem ini meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM32.5 juta (AS$8 juta) di layar perak dan platform on-demand di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia.

Tahniah buat seluruh pasukan EJEN ALI THE MOVIE!

*Sumber: BH Online

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Kejutan Kamal Adli Lamar Uqasha Senrose di Pentas Anugerah MeleTop Era 2020

Tiada Potongan Bekalan Elektrik Mulai 1 Januari, Walaupun…