in , , ,

Kejutan Kamal Adli Lamar Uqasha Senrose di Pentas Anugerah MeleTop Era 2020

Pelakon Kamal Adli menamatkan spekulasi dan gossip hubungan cinta mereka apabila membuat kejutan dengan melamar pelakon Uqasha Senrose secara langsung selepas mereka berdua menjadi penyampai anugerah dalam Anugerah MeleTOP 2020 (AME 2020).

Anugerah Meletop Era (AME) 2020 sememangnya penuh dengan kejutan apabila menampilkan pelbagai persembahan menarik dan juga arits popular walaupun masih perlu menjaga protokol kesihatan. Paling mencuri tumpuan sepanjang program adalah tindakan pelakon kacak, Kamal Adli yang melutut sambil melamar ‘teman tapi mesranya’ Uqasha Senrose di pentas berprestij itu.

Kamal, 34, melafazkan kata lamaran dengan menyampaikan sebentuk cincin berlian dengan berlutut di hadapan Uqasha Senrose sambil bersaksikan penonton menerusi siaran langsung tersebut yang disiarkan di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).

“Uqasha Senrose, sudikah awak menjadi isteri saya?

– Kamal Adli
Kejutan Kamal Adli Lamar Uqasha Senrose di Pentas Anugerah MeleTop Era 2020

“Awak ni sedang promote drama baharu kita ke?” tanya Uqasha yang nyata terkejut dengan lamaran tersebut.

Kamal kemudiannya, mengulang semula soalannya sebelum Uqasha, 28, menjawab ‘yes’ sambil disambut sorakan penonton.

Dikhabarkan, Uqasha menerima sebentuk cincin tajaan dari Habib Jewels.

Spekulasi hubungan mereka hangat diperkatakan selepas keduanya sering berganding dalam drama, termasuk yang terkini Perempuan Tanpa Dosa.

Kisah percintaan Kamal dan Uqasha mula menjadi perhatian semenjak mereka digandingkan dalam drama Setelah Terlafaznya Akad tahun lalu.

Kejutan Kamal Adli Lamar Uqasha Senrose di Pentas Anugerah MeleTop Era 2020

Sebelum ini, pengarah drama Perempuan Tanpa Dosa, Michael Ang secara tidak sengaja memecahkan rahsia bahawa pasangan ini mengikuti kursus perkahwinan di Kuantan, Pahang ketika penggambaran drama berkenaan.

Anugerah Meletop Era kali ini telah diadakan secara langsung di Astro Ria dan bertempat di Pusat Konvensyen Antrabangsa Putrajaya (PICC) dan dihoskan oleh tiga orang pengacara popular iaitu Nabil Ahmad, Zizan Razak dan Jihan Muse.

Pada AME2020 kali ini, tiada kehadiran penonton di dewan berikutan mematuhi protokol kesihatan yang telah ditetapkan.

Kejutan Kamal Adli Lamar Uqasha Senrose di Pentas Anugerah MeleTop Era 2020

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Juara Mentor Milenia 2016 & Anak Fauzi Nawawi, Fareez Fauzi Selamat Bernikah dengan Nurwathiqah

Filem EJEN ALI THE MOVIE menang Filem Meletop di Anugerah MeleTop Era 2020