in ,

Tiada Potongan Bekalan Elektrik Mulai 1 Januari, Walaupun…

Memahami penderitaan rakyat dalam berdepan dengan masalah ekonomi yang membebankan, kerajaan memutuskan tidak akan memotong bekalan elektrik terhadap pengguna domestik yang mempunyai tunggakan bil kurang daripada enam bulan.

Tiada pemotongan bekalan elektrik dilaksanakan ke atas premis pengguna domestik yang mempunyai tunggakan kurang daripada enam bulan sepanjang tempoh 1 Januari hingga 31 Mac tahun hadapan.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, inisiatif itu diambil oleh kerajaan dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) selepas mengambil kira keperluan membantu rakyat dalam situasi pandemik Covid-19 yang mencabar

Datuk Shamsul Anuar Nasarah

“Kategori pengguna domestik ini akan diberi kemudahan untuk membuat pembayaran secara ansuran selama enam bulan mulai 1 Januari hingga 30 Jun 2021.

“Ini adalah inisiatif tambahan di bawah Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) bagi membantu mengurangkan bil eletrik rakyat terutama pengguna domestik berikutan penularan Covid-19,”

– Datuk Shamsul Anuar Nasarah

Shamsul Anuar berkata, pengguna lain yang mempunyai tunggakan melebihi enam bulan boleh berunding dengan pihak TNB dan SESB untuk membuat pembayaran secara ansuran bagi mengelakkan pemotongan bekalan elektrik sebagaimana yang diumumkan sebelum ini.

Dalam perkembangan berbeza, Shamsul Anuar berkata, kadar semasa tarif elektrik baharu akan diumumkan kerajaan dalam minggu ini

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem EJEN ALI THE MOVIE menang Filem Meletop di Anugerah MeleTop Era 2020

Senarai Penuh Pemenang Anugerah MeleTOP Era 2020 AME 2020