in ,

Majlis Ulangtahun Kelahiran DJ Lin & Ulangtahun ke 10 Suria Cinta

Majlis Ulangtahun Kelahiran DJ Lin dan Ulangtahun ke 10 Suria Cinta diadakan bagi menghargai jasa peminat dan media yang tidak jemu memberikan sokongan kepada karier seni DJ Lin dan Suria Cinta. Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran ramai rakan artis yang akan membuat persembahan dan kebanyakkan lagu-lagu yang di nyanyikan sering diputarkan di Suria Cinta. Antaranya Aiman Tino, Syamel, Sufian Suhaimi, Hazami, Afee Utopia, Wanns Ahmad, Zaidi Anwari juga pendatang baru seperti Aishah Bujang, Nahu & Qya, Oja & Tuneable Band, Wany Hasrita dan ramai lagi. Dan lebih menarik, tetamu akan di hiburkan menerusi penampilan istimewa kumpulan lagenda, Lovehunters yang akan membuat persembahan akustik selama 30minit. 

Majlis yang mendapat kerjasama daripada syarikat rakaman Life Records ini berjaya mendapat perhatian dan tajaan pelbagai pihak antaranya Starbucks Malaysia sebagai penaja utama, sementara penaja bersama pula adalah Dnars, Cuckoo, Seahorse, Jamu Mak Dara, Coffee Man Premium Services Centre, My Haiz Berhad, Petals2u Floral, Supreme Lasagna, Azima Aziz Bakery, Apees Printing&Souvenir, Kambing Bakar Cikgu, Lukisan Cahaya, Redcard1stop, Dinemo Homemade Bakery, Adda Haida, Ala Changgong Creative, Kuih Tiram Asli, Suria Emas Abadi, Karangkraf, Mugy Studio, Tunable Studio, Aries Muzik dan banyak lagi.

 

Dua penyampai Suria Fm, TYZO dan Bobringgo akan bertindak sebagai pengacara majlis. Dianggarkan lebih 80 orang peminat DJ Lin dari seluruh Negara turut hadir dan pelbagai hadiah menarik disediakan utuk mereka menerusi aktiviti yang akan dijalankan bersama DJ Lin.

 

DJ Lin mengendalikan slot Suria Cinta di suria fm 6 hari seminggu bermula ahad hingga jumaat dari jam 8mlm hingga 1pagi. tahun 2017, rancangan Suria Cinta dijangka akan mendapat lebih perhatian pendengar menerusi segmen terbaru, #APAITUCINTA. Menerusi segmen ini DJ Lin akan menyelami suara hati selebriti popular yang akan berbicara mengenai pahit manis kisah cinta mereka. Dan pendengar juga boleh menyaksikan temubual ekslusif tersebut secara langsung / live di facebook page SURIA FM. Sementara itu, segmen cari cinta merupakan segman popular di suria cinta. Melalui segmen ini, ramai pendegar yang berjaya disatukan dan bertemu jodoh. Untuk menyertai segmen cari cinta, pendegar perlu kongsikan wechat id beserta info ringkas diri mereka serta ciri pasangan yang dicari ke wechat Suria Fm.

 

Peminat yang ingin mengikuti perkembangan DJ Lin boleh la follow social media beliau di twitter dan instagram: @djlinsuriacinta dan di fan page facebook di DJ LIN (SURIA CINTA) SURIA FM.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fattah Amin Lancar Single Terbaru WANITA TERAKHIR

Jessie Chung Kecewa Dikejam Netizen Tarik Diri Dari Konsert A-Mei