in

Fantasia Barrino for Real di 8TV

Realiti kehidupan bintang ‘American Idol’ Fantasia Barrino dalam ‘Fantasia for Real’ hanya di 8TV

TARIKH SIARAN: 19 MEI 2011
HARI: KHAMIS
MASA: 9.30 MALAM
EPISOD: 11
BAHASA: INGGGERIS

Fantasia kembali menggegarkan industri hiburan. Banyak khabar-khabar angin yang kurang baik melanda Fantasia. Berita beliau disingkirkan oleh syarikat rakaman dan syarikat pengurusan beliau menyebabkan karier seni Fantasia hampir musnah. Fantasia for Real kembali menemui anda dan adakah Fantasia sudah bersedia untuk menawan hati peminat beliau?

Gadis berusia 24 tahun yang mula mencipta nama selepas menjuarai rancangan ‘American Idol’ ini cukup popular dengan cerita-cerita kontroversi yang menggemparkan. Perjalanan suka duka Fantasia dalam kerjaya serta kehidupan peribadi beliau dapat anda tonton dalam siri realiti Fantasia for Real.

Penyanyi sensasi ini sudah mempunyai seorang anak ketika masih bersekolah dan pada masa yang sama beliau juga terpaksa menanggung kehidupan keluarga. Seperti bintang-bintang lain, Fantasia juga menjalani kehidupan serba mewah dan glamor. Mempunyai rumah agam di Utara Carolina serta kereta-kereta mewah hasil titik peluh Fantasia sebagai anak seni, kehidupan Fantasia kelihatan sempurna.

Jika pada musim pertama Fantasia for Real kita dapat saksikan abang Fantasia, Teeny bijak mengambil kesempatan terhadap kemewahan Fantasia. Teeny banyak menghabiskan wang Fantasia dengan kerja-kerja yang tidak berfaedah. Apa agenda Teeny kali ini? Apakah yang terjadi kepada Teeny pada musim ini?

“Fantasia akan berkongsi kisah tentang karier dan peribadi dengan penonton semua. Kita dapat lihat sisi lain Fantasia menjalani hidup sebagai orang biasa, sebagai seorang ibu, anak dan kakak. Ternyata kehidupan sebagai selebriti tidak selalunya indah,” ujar Cik Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan 8TV dan btv7.

Airin menambah, “Kita dapat melihat kesungguhan Fantasia untuk kembali menghangatkan industri hiburan dengan vokal luar biasa dalam siri realiti ini,”

Dunia Fantasia yang penuh ‘rollercoaster’ dan kehidupan sebagai seorang selebriti yang sentiasa menjadi buruan paparazzi dapat anda saksikan di sini. Ikuti kisah kehidupan Fantasia dalam Fantasia for Real musim ke-2 setiap Khamis, bermula 19 Mei 2011 jam 9.30 malam hanya di 8TV.

8TV juga boleh ditonton menerusi saluran 708 Astro. Anda juga boleh menonton rancangan kegemaran anda dengan melayari laman sesawang www.8tv.com.my / www.tonton.com.my.

Fantasia-for-Real-Promo--VH1-763979

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Cut Amirah

Drama Budak KL Lakonan Elfira Loy dan Zulhuzaimy