in

Drama Cut Amirah

ASIA MEDIA CONTENT mempersembahkan CUT AMIRAH

Pengarah NORLIZA ISMAIL / ALFIA ABROS MEAH
Terbitan: Asia Media Content Sdn Bhd

Pelakon dari Malaysia Erry Putra, Linda Hashim, Dato Jalaluddin Hassan, Betty Banafe, Mahmud Ali Basha,

Pelakon dari Singapura Hisham Hamid, Mastura Ahmad, Osman Sulaiman, Abdullah Ahmad, Azzah Fariha, Azhar Nor Lesta

Idea Asal: Mohd Napi Dollah
Penulis Skrip: Maizura Mohd Ederis & Sofia Rhyland

Olahan: Amanah Mustafi & Hameed Ahmad
Tayangan: Mediacorp Suria / Astro Prima

Drama yang bakal ditayang di dua negara (Malaysia & Singapura)

Sinopsis:
Pembukaan drama ‘Cut Amirah’ mengambil latar dari peristiwa tsunami 2004 di Acheh. Kemudian, bergerak ke tahun 2011 dengan plot yang lurus dan jelas agar mesej dapat disampai kepada penonton dengan mudah.

Ia mengisahkan percintaan dan penderitaan seorang anak yatim piatu, Cut Amirah, dari Acheh yang kehilangan seluruh keluarga disebabkan bencana tsunami pada pukul 4 petang, 24 DISEMBER 2004 dengan kekuatan 9 skala Ricther. Cut Amirah hampir mati adalam kejadian Tsunami. Tetapi diselamatkan oleh Aminuddin, sukarelawan MERCURY dari Malaysia, yang mana turut terhutang nyawa kepada Cut Amirah ketika dihempap oleh sebuah rumah yang hampir roboh.

Sementara itu, dua pupunya, Amir Amirul dari Singapura, turut menjadi mangsa tsunami. Amirul menerima amanat terakhir ibu Cut Amirah agar mencari Cut Amirah dan menjaganya dengan baik sekiranya ditemui kelak.

Amir Amirul kembali ke Singapura bersama bapa yang hilang ingatan akibat dipukul ombak. Tetapi Cut Amirah gagal ditemui kerana telah pun dibawa oleh Aminuddin ke Malaysia untuk dijadikan anak angkat.

Di Malaysia, Cut Amirah tidak diterima oleh isteri Aminudin, Norlaily, dan anaknya, Muzaffar. Mereka melayan Cut Amirah bagaikan hamba abdi. Bagaimanapun, seorang lagi anaknya, Zakir sentiasa melindungi Cut Amirah dalam diam.

Zakir kemudiannya menguruskan syarikat datuknya di Singapura lalu bersahabat dengan Amir Amirul. Seterusnya, ketiga-ketiga lelaki itu – Zakir, Amirul dan Muzaffar – telah jatuh cinta kepada Cut Amirah. Tetapi Cut Amirah hanya mencintai salah seorang daripada mereka.

Cinta itu membuatkan Cut Amirah tertekan. Pada masa yang sama, terpaksa menghadapi tekanan sahabat baik yang cemburu kepadanya.

Ikuti penamat cerita tragis ini.

Senarai Pelakon: Erry Putra, Linda Hashim, Zack Diamond (X Factor), Dato Jalaluddin Hassan, Norlaily, Mahmud Ali Basha, Hisyam Ahmad, Mastura Ahmad, Rahmat, Abdullah Ahmad Azzah Fariha dan Azhar Nor Lesta

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Enjoy U-KISS Showcase at KL Pavilion Main Entrance

Fantasia Barrino for Real di 8TV