in ,

Drama Budak KL Lakonan Elfira Loy dan Zulhuzaimy

Khas Cuti Sekolah : RTM Janjikan 2 Drama Menarik

Cuti penggal persekolahan tiba lagi dan pastinya golongan pelajar paling gembira mahu meraikannya sepanjang dua minggu berehat di rumah. Radio Televisyen Malaysia (RTM) juga tidak ketinggalan mahu berkongsi masa senggang mereka dengan menyiarkan dua drama menarik Khas Cuti Sekolah : Permata Hatiku pada 3 Jun 2011, jam 10.30 pagi dan keesokkan harinya drama Budak KL pada 4 Jun 2011, jam 3.05 petang yang kedua-duanya disiarkan menerusi TV1.

Permata Hatiku lakonan Muhammad Na’im Daniel, Zami Ismail, Ahmad Ezzrin Loy, Elfira Loy dan Zulhuzaimy berkongsi kisah Amirul seorang kanak-kanak yang mempunyai sikap terpuji di kalangan ahli keluarga dan orang-orang kampung. Kebaikan sifat dirinya menjadi teladan dan ikutan adik-adiknya, tidak kurang juga rakan-rakan yang rapat dengan dirinya. Dek kerana kebaikan hatinya Amirul juga disenangi dan disayangi oleh jiran-jiran di kampungnya.

Populariti Amirul dicemburui oleh Johan, pelajar yang cukup nakal di sekolah, gemar mengusik orang lain terutama Pakcik Kassim, orang tua yang sakit dan berjalan bertongkat. Pakcik Kassim cukup kesal dengan perbuatan Johan dan berharap Johan akan berubah menjadi seorang anak muda yang bersikap positif seperti Amirul. Pak Kassim juga berharap anak lelakinya, Hamzah mampu mengembirakan hatinya sepertimana Amirul menemaninya sehari-hari.

Hamzah, bagaimanapun ternampak kegembiraan orang tuanya suatu hari apabila terserempak Pak Kassim sedang berbual dengan Amirul dan mula sedar bahawa dia terlalu mengabaikan Pak Kassim selama ini. Amirul memberitahu Hamzah tentang kesunyian hati Pak Kassim dan berharap Hamzah dapat meluangkan lebih masa bersama Pak Kassim. Sementara Johan pula akhirnya menjadi kawan baik Amirul.

Menerusi drama Budak KL pula, penonton diajak menghayati watak yang Iqbal berasa kurang senang apabila dipaksa oleh ibunya, Marina supaya mengikuti dia ke Kuantan dengan alasan untuk mengurus perniagaan resort mereka di samping bercuti pada musim cuti sekolah. Iqbal menganggap bercuti di kampung seperti itu akan membosankan dan memalukan. Di sana dia berkenalan dengan anak pengurus resort milik keluarganya, iaitu Jason.

Namun sikap dingin Jason menyebabkan dia semakin kebosanan. Bagaimanapun ketika bersama budak-budak di kampung, telah mengubah persepsi Iqbal terhadap mereka yang dianggap jauh ketinggalan. Malah ketika bersama mereka juga, Iqbal mula merasai erti zaman kanak-kanak yang sebenarnya dan mula memahami erti persahabatan yang sebenarnya sehingga Iqbal sanggup menghisap bisa ular ketika Adhlan dipatuk ular.

Manakala Marina pula, kedatangannya ke resort berkenaan adalah untuk melarikan diri daripada Hisham yang tidak jemu-jemu memujuk dan merayu agar dia menerima cinta Hisham. Bagaimanapun suatu hari Hisham muncul di resot berkenaan dan tindakan Hisham itu mula memberi keyakinan kepada Marina bahawa Hisham benar-benar ikhlas dengan cintanya.

Saksikan dua drama menarik khas cuti sekolah ini yang dibintangi oleh Na’im Danial, Azhari Azizam, Ng Zhen Tze, Aida Aris, Zoey Tan dan Badrul Muhayat hanya di TV1.

Ahmad Ezrin Loy ... Pelakon Utama Permata Hatiku

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fantasia Barrino for Real di 8TV

Komedi Muzikal S.Y.O.K Undang Jep Sepah & Dira Abu Zahar