in

ENCHANTEUR Paris Eau De Toilette Terbaru Di Pasaran

Selaku jenama yang berkembang selaras dengan trend, ENCHANTEUR Paris telah melancarkan identiti baharu bagi rangkaian minyak wanginya. ENCHANTEUR Paris baharu kini adalah lebih bertenaga. Ia lebih berkeyakinan, menawan dan elegan berbanding dulu.

Sejak bertahun lamanya, Paris telah merangsang idealisme tentang cinta dalam dunia haruman di seluruh dunia. Dan, dari kota inilah Wipro Unza meminjam inspirasi bagi mencipta ENCHANTEUR Paris. Selaku jenama yang berkembang selari dengan trend, ENCHANTEUR sekali lagi menjadikan Perancis sebagai inspirasi bagi menghasilkan identiti baharu kepada ENCHANTEUR Paris. Identiti baharu ini disampaikan menerusi pek-pek terkini yang memaparkan mercu tanda ikonik Menara Eiffel dengan lebih ketara. Setiap pek mempunyai rekaan unik Menara Eiffel yang tersendiri bagi melambangkan gaya hidup dan emosi berbeza terhadap dewasa muda yang bergaya; gambaran Menawan, Pujaan, Cinta Indah dan Persahabatan.

ENCHANTEUR PARIS – Gambaran Asas Perhubungan menerusi empat Haruman berbeza

Pek Belle Amour menunjukkan Menara Eiffel Berlian. Berlian mempunyai kaitan rapat dengan cinta kerana nilai eksklusifnya. Jadi, ia digunakan pada Belle Amour bagi menggambarkan kemekaran cinta pertama yang amat indah. Menara Eiffel Emas pula digunakan pada pek Mon Amie bagi mewakili persahabatan utuh. Menara Eiffel dengan kulit harimau bintang pada pek Adore pula bertujuan memperlihatkan ciri bergaya dan unik anda yang meninggalkan impresi berpanjangan. Tidak ketinggalan, Menara Eiffel Captivant dengan material jean dan denim berbintang yang menunjukan nilai konfiden anda dapat bersinar sepanjang masa.

Enchanteur Paris EDT range 1

ENCHANTEUR Paris kini dipersembahkan dalam botol kaca sebesar tapak tangan yang diperincikan dengan potongan kristal yang lebih feminin dan penutup yang diserikan dengan reben 3D sebagai simbol pemberian istimewa terhadap cinta. Menerima ENCHANTEUR Paris Eau De Toilette baharu ibarat menerima hadiah daripada lelaki yang mewakili ekspresi cinta mereka.

“Penjenamaan semula ENCHANTEUR Paris menjadi simbol kepada tenaga baharu dan ia direka bagi memuncakkan tahap keyakinan si pemakai. Tujuan kami adalah bagi membawa ENCHANTEUR Paris ke peringkat baharu menerusi suntikan sentimen pek baharu dan penampilannya. Berpandukan pemahaman tinggi para pengguna dan pasukan pereka yang kreatif, apa yang kami berikan kepada anda hari ini ialah rangkaian yang direka khusus lagi menawan,” ujar Karen Poi, Pengurus Pemasaran Wipro Unza (Malaysia) Sdn Bhd pada majlis pelancaran ENCHANTEUR Paris.

“Cinta pertama sentiasa mengisi tempat istimewa di dalam hati,” oleh Konitz Lee

Empat haruman tersebut, Belle Amour, Mon Amie, Adore dan Captivant, semuanya membawa cerita cinta pertama dan memberi si pemakai wangian yang menggambarkan sentuhan halus nilai sofistikated Perancis dan savoir-faire (keterampilan).

IMG_0857

Pilih haruman kegemaran anda:

• ENCHANTEUR Paris Belle Amour (Cinta Indah) – Paduan asmara bergemerlapan yang membuatkan hati anda bergetar dan mengusik jiwa. Haruman yang dicipta dengan penuh kelembutan daripada bauan epal tembikai, dilapisi bersama blackcurrant segar sebagai nota atas, disemarakkan dengan kelopak-kelopak mekar bunga ros Paris merah jambu yang menawan deria anda. Wangian ini mewakili kemekaran cinta dan asmara. Haruman menawan yang dipakai istimewa untuk cinta hati anda.

• ENCHANTEUR Paris Mon Amie (Sahabatku) – Persahabatan adalah antara elemen paling berharga dalam dunia wanita. Mon Amie ialah inspirasi kepada keintiman persahabatan sesama teman-teman wanita yang berkongsi kisah-kisah hati mereka tentang cinta pertama antara satu sama lain. Penghasilan wangian ini merupakan kombinasi oren lemon sitrus segar bersama bergamot yang diperkuatkan dengan sentuhan buah-buahan epal merah, disadur ketenangan jambangan indah peony merah jambu, kuntuman segar bunga ros dan magnolia putih bersatu dengan asas ambar berkayu hangat. Diinspirasikan daripada bayangan kegembiraan, ia membuatkan anda berasa amat menawan, mudah bergaul, bersemangat dan baik hati. Haruman ringan ini merangsang permulaan hari anda dan sesuai untuk aktiviti kasual bersama sahabat-sahabat.

• ENCHANTEUR Paris Adore (Pujaan/Menawan Hati) – Unik dan haruman yang tidak mudah dilupakan bagi mencipta perasaan bak selebriti. Kedua-dua wangiannya berasaskan bunga dan buah-buahan. Bauan pertama mengandungi kombinasi lembut bunga melur liar, semalu merah jambu, violet yang diadun dengan nota buah-buahan termasuk laici, plum manis berempah, buah delima dan pear emas. Haruman signatur menawan ini merangsang kembali nostalgia janji temu pertama yang memerlukan anda menonjolkan daya tarikan dan keyakinan bagi memberikan tanggapan manis yang berkekalan. Wangian sensual yang bertahan lebih lama selepas kepergian anda.

Enchanteur Paris Body Mist

• ENCHANTEUR Paris Captivant (Menawan) –Haruman menawan yang membangkitkan daya tarikan luar biasa dalam diri setiap gadis. Ia dimulakan dengan belaian lembut cassis dan melur serta muguet sebagai nota atas. Ia kemudiannya ditambah paduan epal berjus bersama pic ranum dan meninggalkan jejak haruman kesturi dan ambar yang berpanjangan. Wangian flora berbuah ini meraikan kespontanan anak-anak muda dan keceriaan tatkala anda menonjokan daya tarikan dalam diri, menjadikan anda tumpuan utama orang sekeliling. Si gadis tampak mempesona saat menoleh ke sisi, dengan senyuman penuh sipu. Sempurna sebelum bertemu pasangan romantis masing-masing tanpa disangka!

Yakin & elegan… menggambarkan asas keseluruhan ENCHANTEUR Paris baharu.

Rangkaian minyak wangi ENCHANTEUR Paris didatangkan dalam botol berkaca menawan bersama rona-rona memikat iaitu merah jambu muda untuk Belle Amour, kuning matahari bagi Mon Amie, ungu lembut untuk Adore dan biru firus laut bagi Captivant. ENCHANTEUR Paris dijual pada harga RM26.90 untuk botol 50ml dan boleh didapati di semua pasar raya, pasar raya besar dan farmasi utama. Untuk keterangan lanjut berkenaan ENCHANTEUR sila layari www.enchanteur.com.my atau kunjungi Facebook ENCHANTEUR di www.facebook.com/ENCHANTEURMY

IMG_0613

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Johan As’ari Tidak Mahu Adegan Panas dalam Filem PAKU Disensasikan

Joe Flizzow Havoc No. 1 on iTunes Malaysia