in ,

Duta Brands Innershine Maya Karin Lancar InnerShine Prune Plus

LEBIH KHASIAT PATI PRUN DALAM INNERSHINE

InnerShine Prune Plus, minuman kecantikan yang lazat untuk menyerikan kulit wajah, kini boleh didapati dalam saiz botol yang lebih besar dengan 60% lebih kandungan supaya lebih efektif untuk memberikan anda raut wajah cantik berseri dengan lebih cepat.

Selain menjimatkan kos dengan pek 12-botol 70ml yang baru ini, para pengguna juga dapat menikmati khasiat prun yang lebih untuk melancarkan proses detoksifikasi semula jadi badan. Kini, para pengguna dapat memilih dua saiz dipasaran iaitu 70ml baharu atau saiz biasa, 42ml.

Prun telah terbukti mengandungi dua kali lebih banyak anti-oksidan daripada buah-buahan lain bagi melindungi kulit daripada radikal bebas lalu melambatkan proses penuaan.

Innershine Lah Dulu! Maya Karin Posing With Ms. Carmen Liew, Marketing Manager Of Cerebos Malaysia

InnerShine Prune Plus dapat menjaga kesihatan badan secara menyeluruh dan mengekalkan kejelitaan seseorang dari dalam kerana ianya mengandungi pati prun pekat yang diperkaya dengan pulpa dan kulit buah prun. Selain serat makanan, InnerShine Prune Plus juga kaya dengan Vitamin C, termasuk Inulin dan Oligofruktosa.

Inulin and Oligofruktosa berfungsi untuk melancarkan sistem pencernaan dan detoksifikasi. Vitamin C pula menyumbang kepada penghasilan kolagen untuk mengekalkan keanjalan kulit, sekali gus memberi penampilan yang tampak lebih muda.

Maya Karin, Innershine Ambassador With The New Bigger Bottle Size Of  Innershine Prune Plus 70Ml

Diperbuat daripada prun California berkualiti tinggi, InnerShine Prune Plus adalah dengan 1.5 kali lebih pekat daripada jus prun yang lain di pasaran. Ia tiada penambahan gula, bahan pengawet dan pewarna. Dengan pengambilan setiap hari, badan akan menjadi lebih sihat serta kulit lebih berseri-seri.

“Tiada yang lebih baik untuk menentukan kecantikan semula jadi dan keyakinan diri daripada memiliki kulit yang sihat dan halus. InnerShine Prune Plus boleh membantu pengguna untuk mencapainya dengan merangsang proses detoksifikasi dari dalam,” kata Koh Joo Siang, Timbalan Presiden & Pengurus Besar Cerebos (M) Sdn. Bhd.

“Dengan saiz baru InnerShine Prune Plus, pengguna boleh merasai dan melihat perbezaan dengan lebih cepat, hasil daripada penambahan kandungan sebanyak 60% itu,” tambah Koh.

Baru-baru ini, majlis pelancaran pek baru InnerShine Prune Plus telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran duta InnerShine, iaitu pelakon dan penyanyi terkenal, Maya Karin.

“Maya mempunyai kecantikan semula jadi dan keyakinan diri tinggi yang telah menjayakan kerjayanya sebagai seorang pelakon dan penyanyi terkenal. Oleh kerana itulah kami yakin untuk memilih Maya sebagai duta InnerShine Prune Plus,” tambah Koh.

InnerShine Prune Plus boleh didapati di semua pasar raya besar, pasar raya dan farmasi di seluruh negara dengan harga RM71.90 untuk pek 70ml yang mengandungi 12 botol baru dan RM54.90 untuk pek 42ml yang mengandungi 12-botol. Untuk maklumat lanjut mengenai produk, promosi dan aktiviti InnerShine, sila layari laman web di www.innershine.com.my

One Of The Innershine Wedding Hantaran Displayed During The Event

Pakej Perkahwinan InnerShine
Bakal pengantin perempuan boleh mengamalkan pengambilan meminum InnerShine dalam rejim kecantikan untuk persediaan hari bahagia mereka. Dalam tempoh yang mencabar sebelum hari perkahwinan, pati prun yang lazat ini akan membantu untuk mengekalkan kesihatan badan serta kecantikan kulit.

Pengantin baru juga dapat berkongsi pati buah yang lazat ini dengan tetamunya dengan mengambil Pakej Perkahwinan InnerShine yang sememangnya unik. Sesuai dengan adat perkahwinan orang Melayu, gubahan kreatif dengan menggunakan produk InnerShine ini menampilkan cara yang menarik untuk menghidupkan tradisi di samping memberi manfaat kecantikan kepada pengantin dan tetamunya.

Pakej perkahwinan istimewa ini termasuklah gubahan bunga pahar dan hantaran yang indah. Untuk tempahan minima sebanyak 50 biji bunga telur, harganya bermula dari RM5 sebiji ke atas. Pek hantaran pula bermula dengan RM150 ke atas, bergantung kepada pilihan reka bentuk.

Pakej perkahwinan InnerShine Prune Plus yang istimewa ini hanya boleh didapati melalui tempahan terus dengan Cerebos (M) Sdn. Bhd. Untuk matlumat lanjut mengenai Pakej Perkahwinan InnerShine, sila hubungi bantuan Khidmat Pelanggan BRAND’S di talian 1-300-228-300.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sundance Channel Siar Pesta Filem Antarabangsa Busan Ke-17

Sinopsis Drama Darjat TV3