in , ,

Fakta Menarik Tentang Drama NORA ELENA di TV3

Menyusuli “CINTA ANTARA KITA”, slot AKASIA bakal menayangkan sebuah lagi siri drama penuh emosi, NORA ELENA lakonan hebat Aaron Aziz, Siti Saleha, Wan Sharmila, Zul Ariffin, Erry Putra dan Puteri Fateen mulai 9 Mei 2011, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00malam.

Diadaptasi dari salah satu novel popular terbitan Karangkraf – Kasih Yang Suci yang mengisahkan tentang perjalanan hidup NORA ELENA yang dihantui pengalaman pahit akibat dirogol 10 tahun yang lalu.

Walaupun uskar untuk melupakan insiden hitam tersebut, kini beliau selesa menjalankan kehidupannya seperti normal dan bakal mengahwini Idham. Namun, keadaan mula berubah setelah bertemu Seth Tan.

Idham bercadang untuk membatalkan majlis perkahwinannya dengan Nora Elena setelah menerima satu panggilan misteri yang menceritakan perihal Nora Elena yang bukan lagi seorang perawan.

Lebih mendebarkan, Seth Tan menawarkan dirinya untuk menggantikan tempat Idham di dalam majlis perkahwinan tersebut kerana masa semakin suntuk. Apakah yang akan berlaku kepada Seth Tan, dan siapakah watak di sebalik panggilan misteri tersebut?

Aaron Aziz

 

Aaron Aziz

Siti Saleha

Siti Saleha

What do you think?

839 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Steven Dexter The Secret Life of Nora

Hotel Grand Seasons Kuala Lumpur Tertinggi di Malaysia