in ,

Drama Kebun Getah Tok Ayah Lakonan Fizz Fairuz

PENGAJARAN KISAH LELAKI ABAIKAN KELUARGA DALAM DRAMA KEBUN GETAH TOK AYAH DI TV2

Kisah suami berusia terpikat dengan wanita muda hingga mengabaikan keluarga bukan isu baru dalam masyarakat kita. Malah saban hari sama ada menerusi media massa mahu pun media cetak melaporkan kesan ekoran kejadian sama.

Meskipun sedar impak yang bakal diterima atas tindakan mereka itu namun sang suami nekad untuk mengecap bahagia bersama isteri muda yang belum tentu menjamin kebahagian berkekalan lama.

Keseronokan mengulit bahagia bersama teman baru ‘membutakan mata’ mereka soal tanggunjawab terhadap isteri dan anak-anak yang terbiar tanpa pembelaan. Malah terus luput daripada ingatan tentang kenangan manis yang pernah dilalui bersama. Ternyata drama yang bakal disiarkan bertajuk Kebun Getah Tok Ayah pada 2 Mei 2010 (Ahad), jam 9.30 malam memenuhi slot tontonan ramai Sinema Ahad On 2 di TV2 membawakan plot sama kepada penonton.

Kisahnya bermula dengan babak-babak ketenangan hidup Tok Ayah sekeluarga bersama isteri dikenali sebagai Lijah dan anak tunggalnya, Adam. Begitu pun situasi tenang muka berkocak setelah kehadiran ibu tunggal bernama Hawa dan anak-anaknya, Kamal dan Jamal.

Setelah bertembung kali pertama, Tok Ayah terpesona dengan kecantikan Hawa yang kemudiannya diambil menjadi isterinya. Sejak itu Tok Ayah mula berubah dan mengabaikan terus perhatian dan kebajikan terhadap keluarganya sendiri.

Malangnya, Tok Ayah telah dipaksa oleh Hawa menghantar Lijah ke rumah orang tua atas alasan lebih mendapat perhatian dan jagaan yang sempurna. Sementara itu Adam telah dihalau lebih awal oleh Tok Ayah angkara nafsu jahat Hawa. Segala-galanya dilakukan Hawa untuk memastikan harta milik Tok Ayah tumpas ke tangannya.

Sejak itu sedikit demi sedikit Hawa memasukkan jarum dalam hidup Tok Ayah bagi memenuhi hajatnya membolot harta Tok Ayah. Namun lama-kelamaan, Hawa mula mengabaikan Tok Ayah dan berkawan dengan teman lelaki yang lebih muda, Joey. Baginya keseronokkan hidup hanya apabila meluangkan masa bersama Joey bukan lelaki tua seperti Tok Ayah yang kahwininya kerana harta semata-mata.

Hukum karma berlaku kerana tanpa disedari Hawa, Joey juga berniat jahat terhadap ‘kekasih gelapnya’ itu dan mahu mengikis harta Hawa yang mabuk cinta dengan lelaki muda sepertinya. Pada masa sama, Jamal dan Kamal tidak mampu bersuara kerana seluruh harta Tok Ayah diuruskan oleh Hawa.

Masihkah ada kemaafan di hujung jalan untuk Tok Ayah? Pengajaran yang bagaimanakah diterima lelaki yang dibutakan matanya oleh cinta palsu isteri mudanya itu?

Kebun Getah Tok Ayah membariskan lakonan berkesan pelakon terkenal Ahmad Tamimi Siregar, Normah Damanhuri, Rosnah Johari, Ijoy Azhari, Fizz Fairuz, Adzriefaiz dan Zila Bakarin.

Untuk megetahui kesudahannya jangan lupa meluangkan masa hujung minggu anda dengan menyaksikan drama sarat pengajaran berguna menerusi Kebun Getah Tok Ayah pada 2 Mei 2010 (Ahad), jam 9.30 malam di TV2.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Stylo Fashion Show Fall/Winter 2010

Sekitar Minggu Setiausaha Jamal Abdillah di Menara KL