in

Drama Bersiri Opah Musim Baru

Ingat lagi dengan drama bersiri Opah yang ditayangkan sekitar tahun 80an dulu? Haa, Budiey ada dengar yang Drama Bersiri OPAH akan menemui penonton TV1 mulai 16 Mac hingga 30 April 2012.

Drama Bersiri Opah yang terbaru ini akan dilakonkan oleh Fadilah Mansor, Shaharudin Thamby, Aida Rahim, Hairie Othman, Sharifah Nadia, Almy Nadia Dan Heliza Helmi.

Budiey rasa, ramai peminat Opah di mana kalian yang membesar dengan drama ini bersetuju dengan usaha keras Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk menerbitkan semula drama yang pernah popular sekitar tahun 80an itu. Sekurang-kurangnya ia dapat mengembalikan kenangan dan memori. Namun, rasanya la kan, kalaulah drama ini diulangtayang kembali lagilah best kan?

Difahamkan juga para pelakon Opah Musim Baru akan diperkenalkan dalam satu majlis pada 6 Mac ini di Restoran Wak Dol Kopitiam, Shah Alam.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

The World’s Greatest Voice Ladies First

Filem Piranha 3DD