in , ,

Diari AF5 Minggu Kedua: Episod 2 Suntikan Semangat

Mula-mula, intro Diari tunjuk budak-budak ni kena suntikan rubella. Eh! Rubella ke? Tak lah. Cuma vaksin untuk elakkan jangkitan penyakit je. Suntikan dikenakan untuk mengelakkan pelajar daripada penyakit cacar, katanya.

SUNTIKAN SEMANGAT
Doktor yang tukang cucuk tu rasanya dah tau aksi dia akan dirakam. Heh… cucuk doktor jangan tak cucuk.

Budak-budak tu apa lagi, lama dah tak kena cucuk kan, jadi inilah masanya nak buat muka macam bayi yang tak cukup bulan. Ada gak yang merengek. Ada yang cover cool semacam.

Paling saya suka, masa Heliza kena cucuk. Rileks je, tak macam budak-budak yang lain. Penampilan Heliza memang penyelamat suasana dalam akademi. Bukan nak kata budak lain tu menyemak, bukan. Budak lain OK sebenarnya. Cuma ada yang tergedik tak tentu arah. Tu yang buat gua bengkek beb.

Yang penting, sampai sekarang Heliza masih mengekalkan kematangan dan jati diri dia. Afundi Heliza.

Ni dia antara ratusan penyokong Aizat masa Konsert Pertama kat dalam Dewan Sivik. Muka diorang ni pun cam Aizat le jugak… comel-comel semua. Cliche ya amat. Apa-apa pun, korang gegar ya… jangan tak gegar!

MOTIVASI DARIPADA DR LOVE
Khabarnya, kritikan pedas pengkritik tetap terutamanya Ahkak Ogy telah menjatuhkan semangat pelajar. Jadi, Dr Love pun cuba tenangkan sikit diorang ni. Siap bagi gambaran… masa memandu kereta, sebagai driver kita kena pandang depan dan jangan lupa jugak untuk pandang belakang (tiba-tiba je promote filem Jangan Pandang Belakang) dengan menggunakan cermin.

Tapi jangan pula terlalu asyik sangat melihat cermin belakang. Kang tak pasal-pasal boleh terjebak dengan kemalangan. Kena jugak pandang kiri dan kanan mana tau takut-takut ada halangan yang datang.

Tak patut depa ni diajar untuk lupakan apa yang dah berlaku. Yang lepas tu biarlah lepas. Tapi jangan lupa, belajar melalui kesilapan. Bukan melupakan kesilapan dan terus mengulangi kesilapan.

Reaksi Dekna nampak macam monyok. Risau pasal apa tah minah nih. Sedih semacam jeh. Rindu kat kucing jugak kot. Ebi ada ngadu yang dia menangis sebelum naik pentas. Apa kes heh?

Manis tul budak Heliza ni pakai tudung hitam. Nampak natural kulit putih gebu Heliza. Kira lawalah gadis dari Pantai Timur nih. Dafi lak cam tak banyak cakap. Asyik tulis apa tah dalam buku catatan masa Dr. Love ni mengajor. Elok le tu, Dafi kan anak yang baik. Kiut lak tu. Peminat Dafi sekarang dah bertambah ramai. Aiyo, ramai lak yang tengah angau dengan penangan budak Dafi nih.

Sebenarnya, boring giler tengok kelas Dr Love ni mengajor lama-lama. Sampai si Aizat yang nampak mengantuk tu dah menguap dua tiga kali. Kamera lak pandai betul fokus depan-depan. Mmm… habis segala lobang terjongol keluar TV.

Lepas tu. ada dengar keluar satu statement yang betul-betul buat saya meluat. “Bukan senang nak dapat suara macam you all?” Masalahnya, sedap ke suara depa nih? Suara budak-budak Gangstarz lagi sedap dari diorang nih. Malu jek.

Fatin antara pelajar yang katanya terkena aneroxia nervosa dah boleh masuk akademi balik. Yea yea… ku ingin bebas kata dia. Oh my gaaawwwdddd… aku dah bebas…bebeh. Happy giler Fatin sebab boleh jumpa kawan-kawan dia kan.

Lepas tu ada kelas observation. Depa kena tengok filem Tom Hanks, Saving Private Ryan. Scene masa tangan askar tu putus. Adoi, sengal tangan tengok scene tuh. Ngeri dan ngilu rasanya.

Masa diorang asyik duk tengok filem tu, Fatin datang dari belakang. Yang sengalnya, drama tak jadik. Sebelum Fatin gi buat kezutan kat diorang, ada pelajar yang tahu. Kalau drama tak jadik, tak ke boleh berlakon balik? Macam kezutan di Tirai lak. Hik hik. Apa lagi, sebab lama tak jumpa Fatin, acara kau peluk aku, aku peluk kau berlangsung dengan jayanya. Nampak macam orang baru balik dari pergi Haji pun ada. Tak pe la, itulah lambang ukhuwah Islamiah orang kata.

Lepas tu, depa tunjuk lagi sesi Dr Love. Bosan giler. Tunjuk diorang kena buat simple exercise dengan buat bulatan untuk memupuk kerjasama dan tugu persahabatan. Kira setengah jam siaran Diari tunjuk pasal kelas Dr Love. Memang bagus sangat editing kali nih. Terlampau bagus. Respek dengan editor Diari.

Anyway, serabut lah tengok rambut si Ebi tu. Bilalah Ebi ni nak kena revamp. Kasi lurus sikit rambut dia, barulah ada pembaharuan sikit.

Masa si Aznil suruh kita tekan butang R untuk mengundi, saya tekan butang 3 untuk tengok Misi XX Ray. Hak hak hak…Klise betul.

Sepanduk dari penyokong Heliza… cool bebeh!

Jom klik laman web Kelab Peminat Heliza: http://www.heliza.com

TAZKIRAH DARI TUAN PENGETUA
Masa pengetua Roslan Aziz tu berucap, nampak budak-budak ni diam je. Boleh tahu dari riak muka pakcik Roslam cam bengkek jeh. Biasalah, kena serbu kat wartawan masa konsert malam tu. Wartawan tanya, kenapa muzik cam karaoke je? Mmm… pening gak nak menjawab. Kalau muzik Roslan Aziz takde mutu, takkan Sheila Majid dan penyanyi lain yang dah establish beria-ia suruh Roslan buat lagu untuk depa. Tu bukti muzik Roslan memang power dan bermutu serta diakui mempunyai kehebatan yang tersendiri. Korang jangan nak komen pasal muzik kalau tak tahu pasal muzik… hak hak hak.

Serius giler dengar ucapan dari Roslan Aziz. Budak-budak tu nampak kecut le tu, takut kena marah sebab show mereka ni memang hampeh sangat-sangat. Show diorang masa konsert menunjukkan mereka ni masuk akademi takde hala tuju… nak main-main je. Sebenarnya diorang dah tahu, keluar AF nanti, diorang akan jadi bintang jugak. That’s why diorang ni berlagak cam diva. Minta itu, mintak ini.

Menurut pengetua, semua show memang terlalu teruk. Teruk sebab muzik tak sedap ke? Kalau muzik tu sedap rasanya show diorang akan jadi sedap kot.

Untuk minggu kedua ni, diorang akan dipantau dan dinilai secara teori dan praktikal. Diorang ni kena buat show depan pengetua sendiri sampai pengetua rasa puas hati. Kalau tak jangan harap la… harap apa? Sendiri mau ingat la beb!

Wartawan sedang menyerang pengetua dengan soalan-soalan… mengapa dan mengapa?

REAL REWARD
Dafi dapat ganjaran sebab buat persembahan terbaik dan dapat lak ranking tertinggi. Heliza pun dapat reward. Heliza menerima sebuah beg berisi selonggok tudung. Banyak jugak lah mak Heliza ni kasi tudung. Kasi le satu kat Dekna ke kat sape-sape ke, suruh depa tu belajar-belajar tutup aurat sikit. Ops!

Dalam beg tu ada buku nota kecil warna merah. Ayah Heliza yang kasi. Heliza baca pesanan dari ayahnya. Mula-mula sekali ayah Heliza berterima kasih kat astro, Suruh Heliza kekalkan identiti, kenal diri dan kenal ruang (cam pesanan dalam Raja Lawak lak). Catit segala apa yang diajar oleh cikgu. Kekalkan jati diri dan jadikan akademi tempat menimba ilmu. Jika ada tekanan, perbanyakkan sembahyang. Jangan cepat nak menangis tak tentu pasal.

Dafi lak dapat surat dari ibu dan ayahnya. Antara isi surat tu, Dafi kena jaga diri dan adat sopan, jangan bagi famili malu. Mak Dafi pula, ucap tahniah atas kejayaan Dafi masa first konsert dan jangan cepat puas hati sebab dapat undian banyak dari penonton.

Tak cukup dengan surat tu, Dafi dapat bunga daripada team AF5. Dekna jealous sebab dia tak dapat bunga. Kesian tul. Tulah, orang suruh buat show power dia tak nak buat.

LAGU UNTUK MINGGU KEDUA
Aswad bukan main happy dapat lagu Nak Kahwin Duit Tak Dok. Await ketawa semacam… happy sangaaaaattt…. Laaa… rupanya Aswad ni rasa lagu tu kelakar giler. Aiyo, tak tau la apa yang kelakar sangat dengan tajuk lagu tu. Mungkin terkena kat Aswad kot sebab takde duit nak kahwin. Tak pe la Aswad, nanti hang menang jadi juagho AF nih, nak kahwin boleh le dengan duit RM20 ribu tu.

Kesian saya tengok Aswad ni, tak terurus macam duk dalam penjara lak. Dengan misai dan janggut yang tak berapa rapi. Nampak bintik-bintik kat muka dia masih ada lagi. Susah jugak nak hilangkan parut dalam masa terdekat nih. Tak pe, nanti kena make up tebal-tebal sikit.

Berikut senarai lagu-lagu untuk Konsert Kedua:

  1.  Candy – Semua Jadi Satu (3 Diva)
  2.  Farha – Biarkan Aku Menangis (Tommy J. Pissa)
  3.  Dekna – Cinta (Amy Mastura)
  4.  Dafi – Pencinta Wanita (Irwansyah)
  5.  Mila – Gotta Tell You (Samantha Mumba)
  6.  Ebi – Bailamos (Enrique Iglesias)
  7.  Heliza – Aku Bukan Untukmu (Rossa)
  8.  Afiq – Biso Bonar (Hattan)
  9.  Aizat – Basket Case (Greenday)
  10.  Shawal – Kenangan Mengusik Jiwa (A. Ramlie)
  11.  Fatin – Bila Rindu Kusebut Namamu (Siti Fairuz)
  12.  Rizal – Kembali Merindu (Slam)
  13.  Aswad Nak Kahwin Duit Tak Ada (Sweet September)
  14.  Noni – Mirai E (Kiroro)

Kalau musim lepas, diorang ni dikasi dengan cara terhormat depan tenaga pengajar semua. Siap dengan Cd dan fail sekali. Tapi sekarang cam sempoi je. Tampal kat dinding je. Tak dengar muzik lagi. So, diorang berlatih tanpa minus one. Mungkin minus one kena buat balik. Perlukan masa sikit kot untuk kasi elok sikit. Harap jangan lah mutu muzik dia macam konsert pertama. Kalau tak, mmm… hambar lagi lah jawapannya.

Tak sabar nak tengok Dafi nyanyi lagu Melayu, Pencinta Wanita. Aizat kena nyanyi lagu rock Inggeris. Mmm… kata nak buat tema… kalau tema, yang ni tema dia apa ek? Pemilihan lagu masih tak berapa menyengat. Kasila lagu yang sedap dan gempak sikit macam lagu Kaer – Izinkan Ku Pergi…

Mungkinkah tiga Diva (Titi DJ, Rossa dan Kris Dayanti) akan hadir untuk melakukan kezutan untuk konsert kedua?

SESI KRITIK
Aizat ditegur sebab pitching dia berterabur sana sini walaupun permulaan yang baik. Tak simpan tenaga. Energi drop. Takde stamina. Afiq lak, buang masa sebab dia tak faham mesej lagu. Dafi tak cukup attitude. Kena lebih sweet, boyish sikit. Tak berani untuk keluarkan perasaan dalam lagu. Shawal tak keluar suara sebab sakit tekak. Walaupun nampak Shawal ni fokus dan bersungguh-sungguh tapi dia tak rileks. Ebi lak, kena sound pasal lemah dari segi penghayatan dan pemahaman lagu. Puncanya, dia tak yakin dengan pergerakan. Banyak pergerakan Ebi yang terover.

Yang perempuan lak ramai yang kena serangan darah gemuruh. Sape-sape pun memang cam tu. Siti Nurhaliza pun ada darah gemuruh. Dekna lak, kena kritik sebab kurang karakter dan attitude. Puncanya, Dekna kurang berlatih. Banyak main-main katanya.

Candy dikritik sebab masa dia buang duit tu cam tak sungguh-sungguh. Heliza ditegur sebab pitching, tapi still tak teruk sangat. Tak macam pelajar lain banyak menyumbangkan untuk negara. Lagi satu, falsetto Heliza buat tu memang tak berapa menjadi. Ada kekurangan sikit. Padahal suara sengau cam Heliza ni senang sangat nak buat falsetto. Good attempt.

Uhuk…Korang perasan tak, Dafi tu duk usik-usik anak dara orang tu… Ehem… ada apa-apa ke?

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Profile Para Pelakon Penggerak Utama Filem CHERMIN

Dayang Nurfaizah

Minggu Setiausaha Bersama Dayang Nurfaizah di Planet Hollywood