in , ,

Minggu Setiausaha Bersama Dayang Nurfaizah di Planet Hollywood

Dayang Nurfaizah, seorang penghibur yang cukup berbakat besar dari Kuching, Sarawak dan cukup di kenali dengan keunikan suara beliau yang sering kali memukau sesiapa sahaja yang mendengarnya akan mengadakan persembahan istimewa bersempena sambutan Minggu Setiausaha di Planet Hollywood, KL pada 24 & 26 April ini.

Persembahan yang bakal berlangsung pada pukul 12 tengah hari ini akan menyaksikan kehebatan lontaran vokal Dayang dalam mendendangkan lagu-lagu berentak R&B, sama ada dari album-album beliau yang terdahulu, mahupun lagu-lagu dari luar negara.

Istimewa Bersama Dayang Nurfaizah sempena Minggu Setiausaha
Tempat: Planet Hollywood Kuala Lumpur
Masa: Jam 12 tengah hari
Tarikh: 24 & 26 April 2007

Minggu Setiausaha di Planet Hollywood mengalu-ngalukan kedatangan para–para setiausaha dari sekitar kawasan Lembah Klang terutamanya dan pada kedua- dua hari tersebut, selain daripada persembahan memukau dari dari Dayang sahaja, mereka yang hadir juga akan di hidangkan dengan 4 jenis hidangan makanan tengah hari.

Dan sebagai tanda penghargaan, cenderamata (door-gifts) juga akan diberikan kepada setiap setiausaha yang hadir meraikan sambutan Minggu Setiausaha di Planet Hollywood.

Jangan lepaskan peluang untuk dihiburkan oleh Dayang Nurfaizah dengan suara dan persembahannya yang tersendiri, di dalam suasana yang penuh intimasi. Sambutan Minggu Setiausaha di Planet Hollywood akan bermula pada pukul 12 tengah hari, 24 & 26 April ini. Pastikan anda semua membuat tempahan awal kerana tempat duduk adalah terhad.

Harga Pakej Minggu Setiausaha di Planet Hollywood : RM 140.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi 03- 2144 6602.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Diari AF5 Minggu Kedua: Episod 2 Suntikan Semangat

Ulasan Filem CHERMIN, Tentang Pos Produksi & Visual