in , ,

Profile Para Pelakon Penggerak Utama Filem CHERMIN

Pada 13 Mac lalu, majlis pra tonton filem Jangan Pandang Belakang telah pun diadakan. Sebuah filem seram yang punya keseraman yang sangat mengerikan.

Kini, sudah jelas pada kita akan kebanjiran filem-filem genre seram. Setelah tayangan filem CHERMIN pada 22 Mac, penonton akan dijamu pula dengan filem Jangan Pandang Belakang mulai 5 April ini.

Saya juga turut dijemput sekali lagi untuk menonton filem Jangan Pandang Belakang yang akan diadakan di UiTM Shah Alam pada 29 Mac ini. Terima kasih kepada Metrowealth atas jemputan.

423799590 6E3E77E54C | 4

Rasanya, ramai yang tak sabar menunggu tayangan filem arahan Ahmad Idham ini yang bakal memecah rekod filem paling seram di Malaysia. Samada betul atau tidak, itu tanggapan subjektif daripada anda semua.

Sebelum itu, apa kata kita ikuti dulu beberapa info tentang pelakon utama yang menjadi tunjang dalam filem Chermin.

423798378 D58Afc8287 O | 5

DEANNA YUSOFF SEBAGAI MASTURA
Deanna menempa nama dalam dunia filem Malaysia, memainkan watak utama sebagai Mastura dalam filem Selubung (1991) di mana dia menerima Anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Pesta Filem Malaysia ke-10 pada tahun 1992.

Semenjak itu, pelakon, penyanyi, pencipta lagu, peragawati, personaliti televisyen dengan pelbagai bakat ini telah berlakon dalam dua lagi filem popular box office tempatan iaitu Abang ’92 dan Ringgit Kassorga.

Aspirasi Deanna terhadap kerjayanya sebagai pelakon wanita yang dikenali antarabangsa telah terkabul apabila dia memainkan peranan pelakon sokongan dalam filem cetera terbitan Polygram Pictures (USA), iaitu Return to Paradise pada bulan Julai 1998 yang diarahkan oleh Joseph Ruben.

Ini diikuti dengan peranan utama dalam Telemovie Perancis Un Homme en Colere untuk TFI disamping pelakon lelaki Perancis yang disanjung, Richard Bohringer.

Pada bulan Mac 1999, Deanna memainkan peranan Lady Thiang, isteri pertama Raja Siam (dilakonkan oleh Chow Yuen Fat) dalam filem cetera yang sensasi Anna and the King, terbitan 20th Century Fox USA. Ini kemudiannya disusuli dengan satu lagi telemovie Perancis yang popular Passeur d’Enfants untuk TFI, kali ini disamping Pierre Arditi.

Chermin merupakan filem pertama Deanna dalam 10 tahun kebelakangan ini, memainkan peranan yang tidak pernah diwatakkannya, sebagai Mastura, hantu yang jelita.

423802661 46Fd6C9D1E O | 6

NATASHA HUDSON SEBAGAI NASRIN
Bintang yang mula menonjol bakat, peragawati atau pelakon wanita Natasha Hudson adalah wajah terkenal yang muncul di kommersial televisyen tempatan sejak berumur 7 tahun.

Chermin merupakan kemunculan filem cetera pertamanya tetapi dia pernah membintangi telemovie tempatan Jbon Junior pada tahun 2004, dan drama Pei Pan pada tahun 2005. Dia juga merupakan personaliti televisyen yang semakin terkenal dan pencapaiannya termasuk Girls Club, Sketches, Kediaman Idaman dan Fesyen T.V.

Natasha mempunyai ijazah dalam bidang Grafik & Pengiklanan dari University of Chicago dan Ijazah Sarjana Muda Lanjutan dalam bidang Tarian, Muzik & Lakonan dari Chicago Performing Arts School.

423801081 9609E982D1 O | 7

FARID KAMIL SEBAGAI YUSUF
Aksi terakhirnya dalam box office popular yang juga hasil karyaannya sendiri, Rempit, pelakon tempatan yang diminati ini merupakan bintang yang kian terkenal dengan filem-filem terpuji seperti Mistik, Cinta Kolestrol, Hingga Hujung Nyawa dan 7 Perhentian.

Dia juga merupakan wajah yang sering dilihat dalam kommersial televisyen tempatan dan pernah muncul dalam banyak drama televisyen termasuk pemenang anugerah Langgam Juru, 5:30 dan Begitulah Cinta.

Farid merupakan bintang terbaik Malaysia yang semakin menonjol. Apabila dia tidak berlakon, dia mengikuti kursus perfileman di UiTM (Universiti Teknologi Mara).

421842358 33Aed3E51A | 8

KHATIJAH TAN SEBAGAI MAK SITI
Khatijah Tan merupakan pelakon komedi dan drama yang terkenal di Malaysia, dengan pencapaian terpujinya dalam wayang gambar, televisyen dan teater.

Selain dari Chermin, filem terpujinya termasuk Yes Tuan, Seri Dewi Malam, Soal Hati, Embun, Potret Mistik, Lady Boss, Gol & Gincu dan filem Itali A Babbo Morto.

Khatijah memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik pada Pesta Filem Asia Pasifik pada tahun 2002 untuk peranan utamanya dalam filem kontroversi, Embun. Dia telah muncul dalam lebih daripada 40 drama bersiri, dan paling dikenali dengan peranan “Mak Ngah” dalam sitcom tempatan yang popular Pi Mai Pi Mai Tang Tu.

421836393 Ff99E673A5 | 9

SOFFI JIKAN SEBAGAI ZAKARIA
Soffi adalah pelakon lelaki Malaysia yang paling hiperaktif, dengan kegemaran terhadap filem-filem seram. Dia telah muncul dalam 4 filem seram tempatan.

Antara filem lakonan Soffi Jikan:

  1. Bukak Api, Diarah Oleh Osman Ali, Pink Triangle
  2. Paloh, Diarah Oleh Adman Salleh, Finas, Film Negara
  3. Pontianak Harum Sundal Malam, Diarah Oleh Shuhaimi Baba.
  4. Rock, Diarah Oleh Mamat Khalid, Grand Brilliance
  5. Zombie Kampung Pisang, Mamat Khalid, Tayangan Unggul
  6. Man Laksa, Mamat Khalid,
  7. Bilut, Diarah Oleh Bada, Felda
  8. Cinta, Diarah Oleh Kabir Bahtiar, Grand Brilliance
  9. Chermin, Diarah Oleh Zarina. Starry Eye Productions
  10. Dukun, Diarah Oleh Dain Iskandar.

Filem Chermin bakal menghantui anda di pawagam berhampiran mulai 22 Mac ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aizat Amdan | 34

Ulasan Konsert Akademi Fantasia 5 Untuk Minggu Pertama

Aznil Nawawi | 35

Diari AF5 Minggu Kedua: Episod 2 Suntikan Semangat