in ,

Dato’ Siti Nurhaliza Bakal Meriahkan Super Spontan Superstar Jumaat Ini

Semakin mendapat sambutan hangat daripada penonton, Astro Warna sekali lagi membawakan program Super Spontan Superstar yang menampilkan 16 selebriti popular yang terdiri daripada pelawak, pelakon, penyanyi serta personaliti media sosial tanahair untuk merebut gelaran juara terunggul.

Berlangsung selama 10 minggu, Super Spontan Superstar telah menemukan dua kumpulan iaitu ‘Harimau Hipster’ dan ‘Monyet Mafia’ yang akan bertarung pada setiap minggu.

siti-nurhaliza

Dato’ Siti Nurhaliza Bakal Meriahkan Super Spontan Superstar Jumaat Ini

[dropcap]H[/dropcap]arimau Hipster menampilkan ahli kumpulan yang terdiri daripada Tauke, Abam, Syuk (tersingkir), Ozlyn, Jamal (tersingkir), Waris (tersingkir), Zulin Aziz (tersingkir) & Fad. Manakala Monyet Mafia pula terdiri daripada Johan, Achey, Ali Puteh, Altimet, Kamal Adli, Amyza Adnan (tersingkir), Zukiee (tersingkir) & Julia Ziegler (tersingkir).




[pullquote align=”right”]Siaran Langsung Super Spontan Superstar (Minggu Ketujuh) akan diadakan pada 16 September 2016 (Jumaat), jam 9.00 malam @ Panggung Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor.[/pullquote]

Kumpulan yang mendapat markah terendah perlu menyingkirkan salah seorang peserta daripada kumpulan mereka manakala kumpulan yang mendapat markah tertinggi akan memenangi RM5,000 untuk disumbangkan kepada selebriti veteran ataupun selebriti yang memerlukan setiap minggu.

Minggu lalu, kumpulan Monyet Mafia telah berjaya mengungguli permainan dan Harimau Hipster terpaksa menyingkirkan pemainnya! Personaliti media sosial, Jamal dan Syuk menjadi peserta seterusnya yang meninggalkan pentas Super Spontan Superstar. Monyet Mafia telah berjaya menyumbangkan ganjaran mingguan sebanyak RM 5,000 kepada anak seni yang terpilih.

Istimewa bersempena sambutan Hari Malaysia juga, penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza akan turut memeriahkan siaran langsung kali ini. Sama ada sebagai peserta ataupun artis undangan, semuanya dapat kita saksikan Jumaat ini!

Penyanyi Amy Mastura pula bertindak sebagai pengulas jemputan.

Anda sokong kumpulan mana? Komen sikit…

Super Spontan Superstar

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Perlawanan Amal Hari Malaysia Antara Pasukan Harimau Malaysia & Dugong All Stars

Yang Tragis Tentang Trailer Filem Seram OUIJA: ORIGIN OF EVIL