in ,

COVID 19: Anugerah MeleTOP Era 2020 Ditunda

Susulan penularan wabak coronavirus (COVID-19), Anugerah MeleTOP Era (AME) 2020 yang dijadualkan untuk berlangsung pada 12 April ini telah ditunda ke satu tarikh yang bakal ditetapkan kemudian.

Tindakan itu diambil sejajar dengan pengumuman yang dibuat pihak kerajaan untuk menangguhkan sebarang perhimpunan, termasuk mesyuarat antarabangsa, acara sukan, sosial dan keagamaan sehingga 30 April ini.

Ia adalah sebahagian daripada usaha proaktif dan langkah berjaga-jaga yang diambil oleh penganjur, Astro untuk membendung penyebaran wabak berkenaan bagi memastikan keselamatan semua pihak.

Anugerah MeleTOP Era 2020 Ditunda

Bagaimanapun, tarikh baharu belum diputuskan dan ia akan dimaklumkan kelak.

Pihak Astro kini dalam usaha menetapkan tarikh baharu untuk AME 2020 dan masih belum boleh berkongsi maklumat lanjut mengenainya kerana perlu mengambil kira situasi semasa COVID-19.

Selain itu, faktor lain seperti lokasi dan tarikh barisan selebriti tanah air turut perlu dipertimbangkan.

Bagaimanapun, sesi undian fasa kedua untuk pengundian senarai Top 5 bintang kegemaran yang dibuka sejak 3 Mac lalu akan diteruskan hingga 12 April ini.

Kiraan penuh undian penganjuran AME 2020 akan terus dibuat sejurus selepas talian undian ditutup, mengikut perancangan asal.

Pihak Astro memohon maaf atas kesulitan dan berharap dapat berkongsi butiran lanjut berkenaan tarikh baharu dan lokasi AME 2020 dalam masa terdekat.

Untuk sebarang informasi terkini mengenai AME 2020, boleh layari www.anugerahmeletopera.com.my.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

COVID 19: Khai Bahar Redha, Pelakon Menangis, Konsert & Tayangan Filem Ditunda

COVID 19: Festival Filem Malaysia Ke-31 Ditunda