in , ,

COVID 19: Festival Filem Malaysia Ke-31 Ditunda

Selain Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME), anugerah berprestij iaitu Festival Filem Malaysia Ke-31 (FFM31) telah ditangguhkan akibat penularan wabak Covid-19. Baca berita selanjutnya di bawah:

Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Hans Isaac berkata, tarikh penganjuran FFM31 yang dijadual berlangsung pada 9 dan 11 April ini terpaksa ditunda ke satu tarikh yang akan ditetapkan.

“Pindaan tarikh penganjuran ini adalah disebabkan peningkatan wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan.

Finas juga ingin memaklumkan bahawa lokasi malam perasmian FFM31 dikekalkan di Kuala Lumpur manakala lokasi malam anugerah FFM31 yang sepatutunya diadakan di Encore, Melaka ditukar ke lokasi lain di Lembah Klang.

“Finas akan mengadakan sidang media (esok) dan memohon maaf di atas sebarang kekhilafan daripada pihak penganjur,”

– Datuk Hans
Festival Filem Malaysia Ke-31 FFM 31

Kemaskini terkini, menurut satu emel yang dihantar ke meja Budiey, sidang media FFM31 esok telah pun dibatalkan.

Penganjuran Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) kali ini akan menyaksikan empat kategori akan diperkenalkan semula untuk direbut oleh 67 buah filem tempatan yang bertanding pada tahun ini. 

Kategori tersebut adalah Dokumentari Terbaik, Filem Pendek Terbaik, Filem Cereka Animasi Terbaik dan Filem Digital Terbaik. 

Mengangkat tema ‘Inspirasi Sinemaku: Tanpa Sempadan’ sebagai simbolik buat penggiat filem tempatan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

COVID 19: Anugerah MeleTOP Era 2020 Ditunda

Ada Sebab Penyanyi Hip Hop Joe Flizzow Tangguh Majlis Persandingan