in ,

COVID 19: Khai Bahar Redha, Pelakon Menangis, Konsert & Tayangan Filem Ditunda

Dalam entri ini Budiey akan kemaskini berita-berita penting dan menarik tentang penularan penyakit COVID-19 setakat hari ini, iaitu 16 Mac 2020. Kita mulakan dengan berita hiburan yang melibatkan kesan dari penularan COVID-19.

Seperti yang diumumkan ada beberapa konsert dan acara terpaksa ditunda malah ada yang terpaksa dibatalkan. Kita mulakan dengan berita tentang penundaan konsert Khai Bahar Dari Smule Ke Pentas Dunia yang sepatutnya berlangsung dua malam pada 27 Mac depan, ditangguhkan hingga tarikh baharu yang akan diumumkan pada hari ini.

KHAI BAHAR REDA KONSERT TUNDA

Keputusan itu dibuat berikutan pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa semua perhimpunan termasuk mesyuarat antarabangsa, acara sukan, sosial dan keagamaan ditangguhkan atau dibatalkan hingga 30 April depan. Tarikh baru untuk konsert ini akan diumumkan pada hari ini. 

Menurut Khai Bahar, dia redha dengan penundaan konsert solo pertama itu. Bagi Khai apa yang terjadi mungkin ada hikmah tersendiri. Khai percaya, jika Allah tak izinkan hari ini, Allah akan bagi yang lebih baik pada masa akan datang.

Menurut Khai lagi, mungkin ini peluang untuk dia berlatih bagi memantapkan persembahan. Lagipun perkara ini ada kaitan dengan soal kesihatan dan keselamatan penonton, jadi kita kena ambil langkah berhati-hati dan tidak boleh nak ambil mudah.

Khai juga turut berterima kasih kepada peminat yang memahami situasi ini. Peminat nampaknya tidak ada yang memberontak atau memberi tekanan malah mereka bersabar menunggu tarikh baru. Yang penting konsert ini bukannya dibatalkan tapi masih dapat diteruskan. 

TEATER MUZIKAL SITI DI ALAM FANTASI BATAL

Menimbang faktor keselamatan apatah lagi 50 peratus pendukung watak adalah pelakon kanak-kanak, Istana Budaya (IB) membatalkan pementasan teater muzikal, Siti di Alam Fantasi yang sepatutnya bermula semalam.

Ketua Pengarah IB, Datuk Mohamed Juhari Shaarani berkata, akur arahan kerajaan berhubung pengawalan COVID-19, pihaknya membatalkan pementasan teater muzikal berkenaan yang sepatutnya berlangsung sehingga Sabtu depan.

Siti Di Alam Fantasi

Sepatutnya dipentaskan dalam lapan slot, Siti di Alam Fantasi arahan Aminah Rhapor menampilkan barisan pelakon seperti Janna Nick, Issey Fazlisham, Atu Zero dan Isma Halil Hamzah.

Mohamed Juhari berkata, penjualan tiket Siti di Alam Fantasi sangat memberangsangkan apabila sebanayak 500 tiket bagi persembahan malam pertama terjual.

Menurut Abang Jo lagi, ketika berita pembatalan pementasan disampaikan, pelakon kanak-kanak rata-ratanya menangis. Ternyata mereka sedih dan Itu yang membuatkan suasana menjadi lebih pilu. Mengapa tidak, mereka sudah pun bersedia untuk mementaskan lapan persembahan, namun akhirnya semua terpaksa dibatalkan.

TAYANGAN FILEM TERPAKSA DITUNDA TARIKH

Penularan COVD 19 juga telah menjejaskan industri filem tanahair dan dunia di mana kebanyakan filem telah ditunda tarikh tayangan. Antara filem yang diumumkan telah ditunda ialah filem ESCAPE lakonan Kamal Adli, Elizabeth Tan dan Amar Asyraf sepatutnya menemui penonton di pawagam pada 26 Mac ini. 

Kami di Budiey Channel terpaksa akur dengan membatalkan Premiere With Budiey menonton filem I STILL BELIEVE yang dijadualkan pada hari Rabu ini. Namun anda boleh menonton filem I STIILL BELIEVE in di 88 buah pawagam seluruh negara mulai 19 Mac ini.

Antara filem lain yang ditunda tarikh tayangan ialah A QUIET PLACE PART II dan Peter Rabbit 2 juga telah ditunda ke bulan Ogos. The Walt Disney Malaysia juga telah mengumuman penangguhan tayangan filem Mulan, The New Mutants dan Antlers. 

BOLLYWOOD TANGGUH IIFA 2020

Berikutan perisytiharan COVID-19 sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Akademi Filem Antarabangsa India (IIFA) menangguhkan edisi ke-21 acara gilang-gemilang dan glamor itu yang sepatutnya dianjurkan, akhir bulan ini.

Acara tahunan terbesar bagi industri perfileman India yang dianggap setaraf Anugerah Akademi atau digelar ‘Oscar Bollywood’ itu dijadual berlangsung tiga hari mulai 27 Mac ini di Indore, Madhya Pradesh.

Seperti yang dilaporkan oleh berita agensi, bagaimanapun, IIFA belum menetapkan tarikh baharu acara berprestij itu bakal diadakan.

Penangguhan IIFA 2020 diumumkan pengurusan tertinggi akademi itu, yang menyatakan kebimbangan terhadap kesihatan dan keselamatan orang ramai sebagai alasan penundaan.

TOM HANKS, ISTERI PATUH ARAHAN KUARANTIN

Pelakon terkenal, Tom Hanks dan isteri, Rita Wilson mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberi rawatan dan menjaga mereka sejak dikuarantinkan akibat COVID-19.

Memetik berita yang dilaporkan oleh CNN, Berkongsi perkembangan terbaru melalui Twitter, Hanks memberitahu, beliau dan isteri diasingkan agar tidak menyebar virus berkenaan kepada orang lain.

Khamis lalu, Hanks, 63 tahun, mengesahkan beliau dan isteri positif COVID-19.

Hanks dilaporkan berkata, mereka demam ketika berada di Australia di mana beliau dilaporkan sedang menjalani penggambaran sebuah filem baharu memaparkan kisah hidup Elvis Presley.

Semoga Tom Hanks pulih dari wabak ini dan dapat meneruskan pengambaran filem itu. 

STADIUM TUTUP, KONSERT BTS DI AS MUNGKIN BATAL

Ini mungkin berita sedih untuk K-poppers di luarsana, mengikut perancangan, BTS akan mengadakan persembahan pada Konsert Map of the Soul Tour di Stadium Levi selama dua hari, mulai 25 April depan.

Bagaimanapun, agensi melaporkan, pengurusan BTS, Big Hit Entertainment menjelaskan, tiada sebarang perubahan dibuat pada tarikh konsert berkenaan setakat ini,

Penutupan Stadium Levi, Santa Clara, California, Amerika Syarikat (AS) berikutan COVID-19 dikhuatiri melenyapkan impian peminat menyaksikan tujuh anak muda menggelarkan diri mereka, BTS, beraksi di stadium berkenaan.

Memetik dari berita yang dilaporkan oleh agensi, dalam perkembangan terbaru, pengurusan Stadium Levi dilapor mengumumkan premis berkenaan ditutup mulai semalam sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak. Langkah ini bagi mematuhi garis panduan kerajaan berhubung langkah pengawalan COVID-19.

MENTERI KESIHATAN NAFI KHABAR ANGIN. TIADA PERINTAH ‘LOCKDOWN’ BUAT MASA INI

KEMENTERIAN Kesihatan menafikan mesej yang tular dalam media sosial hari ini bahawa Malaysia akan dikenakan perintah sekatan pergerakan masuk dan keluar (lockdown) pada Ahad ekoran penularan Covid-19.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba, dalam sebuah hantaran menerusi akaun Facebook rasminya, berkata penyebaran infografik mengenai ‘lockdown’ di negara ini pada Isnin adalah palsu.

PERANCIS CATAT ANGKA HARIAN TERTINGGI 923 KES

Berita ini dipetik dari Berita Harian, Perancis mengesahkan jumlah jangkitan COVID-19 kini mencecah 5,423 kes, meningkat 923 berbanding hari sebelumnya yang juga angka harian tertinggi sejak virus itu dikesan di negara ini, menurut pihak berkuasa kesihatan, semalam.

Agensi berita Xinhua melaporkan, seramai 127 pesakit telah meninggal dunia, setakat ini, bertambah daripada 91 kematian yang didaftarkan kelmarin.

COVID-19: RAKYAT MALAYSIA DI IRAN, ITALI PULANG MINGGU INI

Rakyat Malaysia di Iran dan Itali dijadual dibawa pulang minggu ini, ekoran COVID-19 yang semakin serius di kedua-dua negara itu.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamaruddin Jaafar, berkata Wisma Putra sedang menyelaras tarikh perjalanan, penerbangan dan penginapan di kedua-dua negara.

Katanya, ada 48 warga negara Malaysia di Iran dan 79 di Itali yang bersetuju untuk pulang.

COVID-19: TAK PERLU PAKAI TOPENG JIKA SIHAT

Memetik dari Berita Harian yang disiarkan hari ini, Tiada keperluan bagi individu sihat memakai topeng muka di tempat awam berikutan penggunaan alat perlindungan itu sepatutnya hanya digunakan individu yang sakit.

Pakar Penyakit Berjangkit, Datuk Dr Christopher Lee, berkata setiap individu harus memainkan peranan membantu menyimpan bekalan topeng itu untuk kegunaan pekerja kesihatan yang lebih memerlukan dengan hanya membeli peralatan itu jika perlu.

Hingga kini, bekalan topeng muka di beberapa buah farmasi di Lembah Klang kehabisan stok dipercayai akibat pembelian panik oleh orang ramai akibat penularan COVID-19.

Penjagaan kebersihan tangan adalah lebih penting dan ia boleh dilakukan dengan menggunakan air dan sabun yang disifatkan lebih baik selain cecair pembasmi kuman.

COVID-19: PLANETARIUM, PUSAT SAINS NEGARA DITUTUP SEMENTARA

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) hari ini mengarahkan penutupan sementara Pusat Sains Negara (PSN) dan Planetarium Negara (PN) sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak dalam usaha membendung penularan COVID-19.

Dalam satu kenyataan, kementerian itu memaklumkan, tindakan terbabit sebagai langkah berjaga-jaga terutama ketika musim cuti sekolah ketika ini.

Semua kuliah di Univesiti Utara Malaysia (UUM) akan dilakukan secara dalam talian bermula 5 April ini, susulan wabak coronavirus baharu (COVID-19).

PESERTA TABLIGH DIRAYU JALANI PEMERIKSAAN KESIHATAN, REDAKAN KEBIMBANGAN RAMAI

Pihak pengurusan Masjid Seri Petaling merayu semua peserta tabligh yang menghadiri Jor Qudama dan Ulama baru-baru ini supaya segera melakukan pemeriksaan kesihatan berikutan kebimbangan jangkitan Covid-19 dalam kalangan mereka.

Abdullah Cheong dan Ahli Mesyuarat Markaz Dakwah & Tabligh Malaysia, Sri Petaling dalam rayuan itu meminta semua 28 markas (tempat syabguzari) di seluruh negara mematuhi dan mengambil tanggungjawab penuh dengan pihak berkuasa agar kerisauan, ketegangan dan tanggapan salah, jika berlaku daripada mana-mana pihak dapat diredakan.

COVID-19: UUM LAKSANA KULIAH DALAM TALIAN

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UUM, Prof Dr Yusnidah Ibrahim, berkata pelajar dibenarkan mengikuti kuliah secara dalam talian sama ada dari luar kampus atau dari rumah masing-masing.

MENTERI PENGANGKUTAN INDONESIA DISAHKAN POSITIF COVID-19

MENTERI Pengangkutan Indonesia, Budi Karya Sumadi dimasukkan ke hospital di Jakarta setelah disahkan positif koronavirus atau Covid-19.

Memetik dari laporan Jakarta Post, Budi dikenal pasti sebagai kes ke-76 oleh kementerian kesihatan. 

Terdahulu, pemerintah Jakarta mengumumkan penutupan semua sekolah di ibu kota itu sekurang-kurangnya dua minggu untuk membendung penyebaran koronavirus.

Indonesia, negara keempat paling ramai penduduk di dunia, sehingga Sabtu merekodkan 96 kes koronavirus, kata pegawai kementerian kesihatan, Achmad Yurianto.

ISTERI PM SEPANYOL TURUT DIJANGKITI COVID-19

BEGONA Gomez, isteri kepada Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez, disahkan positif Covid-19. Berita itu disahkan oleh pejabat perdana menteri, pada Sabtu.

Menurut sumber kerajaan, Gomez dan Sanchez berada dalam keadaan baik dan mematuhi langkah pencegahan yang disarankan oleh pihak berkuasa kesihatan.’

Berita keadaan isteri Sanchez menyusul hanya tiga jam selepas perdana menteri itu meluluskan pelaksanaan perintah darurat selama 15 hari bagi memerangi wabak Covid-19.

PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT BUDIEY CHANNEL

Kepada semua penonton kami di Budiey Channel, Budiey nak berpesan agar sama-sama menjaga kesihatan dan kebersihan diri. Jika anda ada petanda nak sakit ke nak demam ke sesak nafas ke, pakai penutup muka dan segeralah berjumpa doktor. Amalkan kebersihan diri iaitu kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer). Kalau boleh buat masa ini, elak dari mengunjungi tempat tumpuan ramai seperti pusat membeli belah, kawasan tumpuan pelancong dan bergaul rapat dengan individu yang mempunyai gejala serta elak dari makan sebarang produk haiwan mentah atau tidak dimasak dengan sempurna. 

Segera mendapatkan rawatan perubatan sekiranya jatuh sakit iaitu mengalami gejala jangkitan pernafasan seperti demam, batuk atau sukar bernafas dalam tempoh 14 hari selepas pulang dari lawatan dan maklumkan mengenai sejarah perjalanan kepada doktor yang merawat. Orang kata, kena beringat sebelum kena, jangan pula sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. 

Sekian dulu berita viral untuk kali ini. Budiey akan mengemaskini berita viral tentang penularan COVID 19 ini dari masa ke semasa, jadi dengan itu, kepada anda yang belum subscribe, budiey nak jemput anda semua supaya tekan butang subscribe dan loceng notifikasi. Okay…

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ejen Ali | 15

Lebih 500 Koleksi Siri Kanak-Kanak Percuma di iflix Sempena Cuti Sekolah

Siti Nordiana | 16

COVID 19: Anugerah MeleTOP Era 2020 Ditunda