in

Chef Wan Keliling Dunia dalam Travelogue Ekspedisi 2011

PENGEMBARAAN EKSPEDISI 2011 BERMULA APRIL INI!

Rancangan masakan dan pengembaraan atau “travelogue” terbaru iaitu Ekspedisi 2011 telah pun memulakan pengembaraannya sejak Januari lalu. Kini, Ekspedisi berwajah baru ini bakal menemui penonton setia TV9 pada setiap Isnin, jam 9.30 malam bermula 18 April 2011 ini.

Seperti yang sedia maklum, selebriti chef Nombor Satu Malaysia, Dato’ Redzuawan bin Ismail atau lebih disenangi dengan panggilan Chef Wan akan membawa penonton mengembara ke hampir 11 buah negara seluruh dunia. Pengalaman, kepakaran dan kepetahan beliau sudah semestinya dapat membuatkan Ekspedisi 2011 ini semakin menarik dan menjadi rancangan yang mesti tonton.

Chef Wan TV9

Ekspedisi 2011 kali ini merupakan kerjasama antara TV9 dan juga MASHolidays yang juga turut menaja lokasi-lokasi pengembaraan. Pengembaraan ke serata dunia telah pun bermula dengan negara China iaitu di Beijing dan pengalaman di negara itu ingin dikongsikan oleh Chef Wan bersama penonton setia TV9 menerusi program Ekspedisi 2011. Antara tempat menarik yang ingin dikongsikan adalah pengalaman mendaki Tembok Besar China, melawat ke Kota Larangan yang juga merupakan kompleks istana terbesar di dunia

Rombongan yang mengikut program Ekspedisi ini berpeluang untuk mendaki Tembok Besar China, melawat Kota Larangan iaitu kompleks istana yang terbesar di dunia, Istana Musim Panas dan Dataran Tiananmen. Chef Wan juga turut menyelitkan aktiviti membeli-belahnya di sekitar Jalan Wang Fu Jing, iaitu kawasan kawasan membeli-belah terkenal di negara China yang telah wujud sejak 300 tahun lalu.

Ekspedisi 2011 masih lagi mengekalkan konsep yang sama iaitu menampilkan masakan istimewa dan tempat-tempat peranginan menarik di serata dunia. Dato’ Chef Wan juga turut mencuba makanan tradisional daerah Xin Jiang iaitu daging panggang yang dibakar di atas bara api beserta garam, jintan putih dan serbuk lada. Makanan eksotik dan pelik yang dikongsikan bersama penonton semua merupakan antara elemen terbaru yang disuntikkan di dalam program travelogue ini. Selain daripada itu, Chef Wan dan krew penerbitan Ekspedisi juga turut berpeluang menyaksikan pertunjukan akrobatik yang sememangnya sinonim dengan Negara China.

Selain daripada Negara China, rombongan krew Ekspedisi turut berkesempatan menjalani rakaman mereka ke Rangoon, Dubai, Mumbai dan Shanghai. Di Yangoon, Myanmar contohnya, Dato’ Chef Wan akan membawa penonton melihat keindahan binaan Pagoda Shwedagon. Pagoda yang menjadi tempat bersejarah Myanmar itu diperbuat daripada emas, batu permata dan berlian.

Myanmar sememangnya dikenali ramai dengan keunikan senibina mereka dan itulah yang ingin dikongsikan kepada semua menerusi Eskpedisi ini. Setelah itu, Dato’ Chef Wan terus membawa penonton ke Tasik Kandawgyi atau lebih dikenali sebagai Royal Lake. Di sana tersergam indah sebuah bahtera menarik yang juga merupakan restoran terapung diberi nama bahtera Karaweik Palace. Sambil menjamu selera, tetamu restoran turut dihiburkan dengan tarian kebudayaan tradisional Myanmar.

Pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan oleh Dato’ Chef Wan adalah ketika membuat rakaman di Dubai. Apakan tidaknya! Selalunya gambar bangunan tertinggi di dunia hanya sekadar dilihat di dalam akhbar-akhbar dan televisyen tetapi kini bangunan Burj Khalifa yang tersergam hebat itu berada di depan mata. Penonton yang ingin melihat rakaman di Dubai bolehlah terus bersama Ekspedisi pada 2 Mei nanti.

Selain daripada bangunan terhebat dunia, di samping tempat-tempat lain seperti Burj Al Arab, Masjid Jumeirah, The Palm dan Muzium Dubai. Pengalaman lebih menarik dirasai oleh Chef Wan dan krew penerbitan ketika menyusuri padang pasir menggunakan kenderaan pacuan empat roda (Dune Bashing) ke kem di tengah padang pasir. Di kem, penonton dapat melihat Chef Wan melakukan pelbagai aktiviti padang pasir seperti menunggang unta, melukis henna, menonton tarian belly, menikmati hidangan BBQ khas dari kem.

Setelah penat menjelajah ke negara China, Myanmar dan Dubai, Chef Wan akan meneruskan lagi penjelajahannya dan berkongsi pengalaman beliau terutamanaya makanan eksotik dan pelik yang terdapat di negara-negara yang dilawati seperti Mumbai di India, Shanghai (China), Capetown (Afrika), Paris, Adelaide (Australia) dan Auckland (New Zealand).

Untuk terus bersama Ekspedisi dan juga Chef Wan, jangan lupa temujanji anda bersama TV9 pada setiap Isnin, jam 9.30 malam bermula 18 April 2011 ini.

Chef Wan TV9

Chef Wan TV9

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Langgan & Tonton Ratu The Movie di Astro First

Lords Tailor Taja Baju Zizan Raja Lawak ABPBH 2010